Saturday, October 26, 2013

Risiko menjalankan bisnes dengan syarikat enterprise.

Ahli ABS Tuan Azam Yaacob menerangkan perbezaaan antara syarikat enterprise dengan syarikat sendirian berhad:

Syarikat enterprise:

Undang-undang hampir tiada membezakan langsung entiti perniagaan dengan si usahawan. Maknanya, berapa si usahawan dapat, banyak itulah misalnya dari segi cukai ianya akan dinilaikan. Termasuklah kes pinjaman; jika amaun yang dipinjam 100K; 100K ribu itulah yang akan dituntut oleh bank - Tidak kisah kepada usahawan ataupun enterprise tersebut.

Syarikat Sdn Bhd:

Mukadimah sedikit: Dalam cerita Speed (1994), Sandra Bullock ialah salah seorang pelakon utamanya. Ini ialah cerita aksi, yang dari segi pembikinannya mempunyai risiko tinggi kerana ada 'high-speed car chase'. Sandra kena pandu bas tanpa henti dengan kelajuan >50 mph. Kalaulah si Sandra pandu bas sendiri dan accident, tentunya memberi impak besar kepada produksi filem, apa lagi kalau dia maut ketika membuat aksi stunt. Sebabnya mudah; individu adalah unik, hanya satu Sandra Bullock di atas dunia ini. Kalau dia mati, filem pun bungkus.

Bagi menyelesaikan masalah di atas dan mengelakkan / menurunkan risiko kemalangan ke atas pelakon utama, khidmat stunt double digunapakai. Untuk setiap aksi berisiko, stuntwoman akan masuk shooting scene tersebut.

Impak dari situasi di atas, risiko kemalangan ditanggung oleh pakar stunt yang professional. Kalau pun kemalangan maut, pelakon utama tidak terjejas; cari sahaja pengganti stunt dan terus bikin filem. Dari segi keuntungan pula, apabila filem berjaya Sandra Bullock pula dapat nama (termasuk gaji berlakon)

Cerita Sdn Bhd sama seperti analogi diatas. Terminology yang berkenaan ialah 'separate legal entity'. Ini bermakna usahawan ialah satu individu, manakala syarikat sdn bhd juga another individu yang berasingan.

Jadinya duit/harta si usahawan, ialah harta peribadi dia. Harta syarikat Sdn Bhd - ialah harta syarikat.

Dalam kes-kes apa-apa tuntutan contohnya pinjaman bank yang dibuat oleh syarikat, bank layak tuntut dari syarikat sahaja. Selagi ada 1 sen pun duit syarikat bank boleh tuntut.

Berbeza dengan Enterprise, bank tidak boleh tuntut harta peribadi si usahawan tadi kerana 'doctrine separate legal entity'.

Contoh umum dalam bisnes:

Jika kita berkunjung ke syarikat pemaju rumah dan akhirnya setuju hendak membeli rumah, satu SPA (Sales and Purchase Agreement) akan ditandatangani.

Perjanjian ialah antara Si pembeli dengan Si Pemaju. Namun menjadi bisnis standard dalam SPA tersebut nama Si Pemaju tiada tetapi digantikan dengan nama anak syarikat si Pemaju.

Telah menjadi standard bisnis practice untuk setiap pemaju buka anak syarikat yang baru untuk setiap projek mereka yang berasingan. Pemaju mengambil langkah ini untuk mengurangkan risiko dalam kes kerugian.

Inilah sebabnya kadang ada projek perumahan yang terbengkalai, tetapi masih hidup parent company syarikat tersebut.

Apabila si Pembeli hendak buat tuntutan di mahkamah pun, hanya boleh tuntut kepada Si Anak Syarikat yang menjadi counterparty/signatory dalam SPA tadi. Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang.

-----

Nota: Tuan Azam Yaacob adalah seorang akauntan forensik, yakni akauntan dengan pengkhususan bidang mengesan kecurangan yang terselindung dalam rekod-rekod kewangan syarikat. 

3 comments: