Friday, October 18, 2013

Bisnes Ikut-ikutan

Puan Ainon menulis:
Dari ABS

Kita selalu diberitahu supaya jangan berniaga cara ikut-ikutan. Maksudnya, jangan kita membuka bisnes disebabkan kita tengok orang lain sudah membuka bisnes itu.

Kita diberitahu supaya buat bisnes kita sendiri. Jangan ikut orang lain. Buat bisnes yang orang lain tidak buat.

Dalam beberapa jenis bisnes, membuka bisnes yang banyak orang lain sudah buka adalah cara yang betul.

Sebagai contoh, kita lihat di kawasan kita banyak kawasan perumahan baru sedang dibangunkan.

Kita tengok sudah ada 4 buah kedai dobi dan kedai cuci karpet. Semua 4 buah kedai itu sibuk belaka.

.

Dengan adanya kawasan perumahan yang akan siap tidak lama lagi, kita meramalkan jumlah penduduk akan bertambah.

Perkhidmatan kedai dobi akan lebih diperlukan.

Membuka kedai dobi adalah pelaburan yang relatifnya selamat, walaupun sudah ada 4 buah kedai dobi.

.

NOTA: ABS mempunyai projek membuka Rangkaian Kedai Dobi ABS.

No comments:

Post a Comment