Friday, July 11, 2014

Fenomena one-time-hit.

Puan Ainon menulis
Fenomena one-time-hit.
Dalam industri muzik, fenomena one-time-hit banyak berlaku. Sebagai contoh, ada penyanyi di mana pertama kali dia merakamkan suaranya, ada sebuah lagunya yang meletup-letup, menjadikan dia sangat popular.
Tetapi itulah satu-satu lagunya yang meletup. Selepas lagu itu, apabila dia merakamkan lagi suaranya, tiada lagunya yang meletup. Kemudian namanya pun hilang.
Dalam dunia penerbitan buku pun ada fenomena one-time-hit.
.
Dalam dunia bisnes pun ada berlaku fenomena one-time-hit.
Sebagai contoh, dalam dunia bisnes fesyen dan apparel.
Memamg berlaku fenomena di mana seorang pengeluar pakaian yang mengeluarkan desain pertamanya yang meletup-letup, sehingga dia berjaya menjual ribuan unit.
Tetapi selepas desainnya itu tidak trendi lagi, dia gagal mengeluarkan desain baru yang meletup-letup. Semua desainnya selepas itu laku suam-suam kuku sahaja.
.
Ada perangkap besar dalam kes fenomena one-time-hit.
Fenomena ini berlaku pada peringkat pertama kita masuk pasaran. Waktu itu kita tidak mempunyai banyak pengalaman lagi. Kita masih mentah dalam bisnes.
Kita mudah terjebak ke dalam andaian-andaian yang salah tentang kerenah pasaran.
Kita andaikan pasaran akan mahu lebih banyak dari kita. Kita nampak lebih banyak duit akan masuk!
Andaian-andaian itu mendorong kita yakin kejayaan pertama itu akan berulang lagi, dan lagi. Lebih banyak duit akan masuk.
Semasa one-time-hit itu berlaku, kita juga belum pandai mengawal nafsu akibat tiba-tiba mendapat durian runtuh!
Dengan keyakinan lebih banyak duit akan masuk, dengan nafsu yang inginkan kemewahan, dengan duit tunai yang banyak, kita mengubah gaya hidup kita....

Contoh surat pelaksanaan SOP cuti:

Ainon Mohd menulis
Contoh surat pelaksanaan SOP cuti:
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak HR dalam proses penambahbaikan sistem pentadbiran. Pada bulan ini, kami akan mengkhususkan kepada skop cuti.
Dilampirkan di dalam e-mail ini, Standard of Procedure (SOP) untuk dipatuhi oleh semua staf.
Taklimat mengenai perkara ini akan dilakukan.
Sehubungan dengan itu, segala cuti "advance" akan dibekukan sehingga diberitahu. Kegagalan mematuhi SOP yang dinyatakan akan terus dikira sebagai "Non Pay Leave" (NPL) dan gaji akan ditolak mengikut hari yang terlibat.
Diingatkan juga bahawa mengikut S.15(2) Akta Kerja 1955, jika tidak hadir selama dua hari berturut-turut tanpa kebenaran daripada majikan, akan dianggap sebagai melanggar kontrak perkhidmatan dan tindakan pemberhentian kerja boleh dilakukan di atas ketidakhadiran tersebut.

Teori TRIBE

Internet Marketing Menggunakan Strategi TRIBE oleh Seth Godin
Pada masa ini teori TRIBE adalah No. 1 popular diaplikasi dalam internet marketing.
Pada mulanya Seth Godin mengemukakan suatu idea yang berupa teori sahaja. Teori beliau itu diperkuat dengan kejayaan aplikasinya sebagaimana yang beliau sendiri dapat buktikan. Itulah yang mendorong banyak pihak mencuba aplikasi teori TRIBE dalam bisnes mereka.
.
Puan Ainon Mohd menulis..
Pada masa ini para pengamal teori TRIBE sudah melahirkan pelbagai strategi dan pelbagai taktik.
Kemunculan ABS adalah hasil aplikasi 4 teori dan strategi secara serentak, di mana dengannya ABS mencipta strategi dan taktik kita sendiri.
+ Teori TRIBE
+ Teori FREE Economy
+ Strategi CONTENT Marketing
+ Strategi PERMISSION Marketing
.
TRIBE boleh disamakan dengan 'pengikut', 'peminat', 'penyokong', 'puak'.
Bagaimanakah kita mendapatkan pengguna internet yang mahu menjadi TRIBE kita?
Seth Godin mencipta strategi 'content marketing'. Di sini kita menulis bahan-bahan maklumat yang diperlukan oleh pengguna internet. Bahan-bahan itu mesti diberikan secara FREE!
Disebabkan bahan-bahan FREE itu sangat bermanfaat, mereka meminta supaya kita membekalkan setiap tulisan kita itu kepada mereka. Mereka itu menjadi SUBSCRIBER tulisan kita.
Semakin lama semakin banyak pengguna internet yang meminta menjadi subscriber, yakni TRIBE kita. Jumlah subscriber tulisan Seth Godin sudah berjuta banyaknya.
.
Dalam aplikasi teori dan strategi TRIBE, kita hanya mempromosi bisnes kita kepada TRIBE kita sendiri.
Ertinya, kita wajib mempunyai sekumpulan pengguna internet yang menjadi TRIBE kita. Kepada merekalah kita promosi bisnes kita. Strategi ini disebut PERMISSION Marketing.

Siapa wajib ada dalam Team Bisnes kita?

Puan Ainon menulis..
Siapa wajib ada dalam Team Bisnes kita?
Banyak peniaga mempunyai banyak pekerja. Tetapi dia tidak mempunyai Tim Bisnes yang kuat. Dia cuma ada kumpulan pekerja!
+ Kumpulan pekerja, mereka bekerja.
+ Tim Bisnes, mereka berfikir.
Dalam pengurusan gaya-towkay, hanya 1 orang berfikir. Yang lain semua bekerja.
.
Di bawah ini adalah keanggotaan Tim Bisnes yang betul. Baru bisnes boleh berkembang sebagaimana yang dirancang.
.
1. Orang yang menjaga produk.
Tugasnya menambahkan nilai kepada produk-produk kita.
+ Kalau dalam Tadika ABS, orang ini adalah Pengurus Modul. Tugasnya adalah menaikkan kualiti modul yang sedia ada, dan mencipta modul-modul baru untuk kegunaan tadika.
.
2. Orang yang menjaga marketing.
Tugasnya adalah mendesain strategi marketing supaya informasi produk kita sampai kepada bakal pembeli.
+ Kalau di Tadika ABS orang ini bertugas menyampaikan informasi tentang tadika ABS kepada bakal para pelabur Khadijah dan ibu bapa, bagi membolehkan peningkatan jumlah cawangan tadika.
.
3. Orang yang menjaga jualan.
Tugasnya adalah menaikkan jumlah pelanggan ataupun pembeli.
+ Kalau di Tadika ABS, orang ini bertugas menyampaikan informasi tentang tadika ABS kepada ibu bapa, dan dengan itu menaikkan jumlah pendaftaran pelajar.
.
4. Orang yang memberi servis kepada customer.
+ Tugas orang ini adalah menyelesaikan masalah pelanggan.
Kalau di Tadika ABS orang ini membantu pengusaha-pengusaha tadika ABS menyelsaikan masalah mereka, supaya mereka dapat membangunkan bisnes tadika mereka.
.
5. Orang yang membangunkan bisnes-bisnes syarikat.
+ Tugasnya adalah melakukan analisis ke atas segala data kewangan dan data pelanggan bagi mengenalpasti bisnes-bisnes baru yang patut dibangunkan.
6. Akauntan.
7. Orang yang menjaga pentadbiran dan kakitangan syarikat.

Saturday, October 26, 2013

Risiko menjalankan bisnes dengan syarikat enterprise.

Ahli ABS Tuan Azam Yaacob menerangkan perbezaaan antara syarikat enterprise dengan syarikat sendirian berhad:

Syarikat enterprise:

Undang-undang hampir tiada membezakan langsung entiti perniagaan dengan si usahawan. Maknanya, berapa si usahawan dapat, banyak itulah misalnya dari segi cukai ianya akan dinilaikan. Termasuklah kes pinjaman; jika amaun yang dipinjam 100K; 100K ribu itulah yang akan dituntut oleh bank - Tidak kisah kepada usahawan ataupun enterprise tersebut.

Syarikat Sdn Bhd:

Mukadimah sedikit: Dalam cerita Speed (1994), Sandra Bullock ialah salah seorang pelakon utamanya. Ini ialah cerita aksi, yang dari segi pembikinannya mempunyai risiko tinggi kerana ada 'high-speed car chase'. Sandra kena pandu bas tanpa henti dengan kelajuan >50 mph. Kalaulah si Sandra pandu bas sendiri dan accident, tentunya memberi impak besar kepada produksi filem, apa lagi kalau dia maut ketika membuat aksi stunt. Sebabnya mudah; individu adalah unik, hanya satu Sandra Bullock di atas dunia ini. Kalau dia mati, filem pun bungkus.

Bagi menyelesaikan masalah di atas dan mengelakkan / menurunkan risiko kemalangan ke atas pelakon utama, khidmat stunt double digunapakai. Untuk setiap aksi berisiko, stuntwoman akan masuk shooting scene tersebut.

Impak dari situasi di atas, risiko kemalangan ditanggung oleh pakar stunt yang professional. Kalau pun kemalangan maut, pelakon utama tidak terjejas; cari sahaja pengganti stunt dan terus bikin filem. Dari segi keuntungan pula, apabila filem berjaya Sandra Bullock pula dapat nama (termasuk gaji berlakon)

Cerita Sdn Bhd sama seperti analogi diatas. Terminology yang berkenaan ialah 'separate legal entity'. Ini bermakna usahawan ialah satu individu, manakala syarikat sdn bhd juga another individu yang berasingan.

Jadinya duit/harta si usahawan, ialah harta peribadi dia. Harta syarikat Sdn Bhd - ialah harta syarikat.

Dalam kes-kes apa-apa tuntutan contohnya pinjaman bank yang dibuat oleh syarikat, bank layak tuntut dari syarikat sahaja. Selagi ada 1 sen pun duit syarikat bank boleh tuntut.

Berbeza dengan Enterprise, bank tidak boleh tuntut harta peribadi si usahawan tadi kerana 'doctrine separate legal entity'.

Contoh umum dalam bisnes:

Jika kita berkunjung ke syarikat pemaju rumah dan akhirnya setuju hendak membeli rumah, satu SPA (Sales and Purchase Agreement) akan ditandatangani.

Perjanjian ialah antara Si pembeli dengan Si Pemaju. Namun menjadi bisnis standard dalam SPA tersebut nama Si Pemaju tiada tetapi digantikan dengan nama anak syarikat si Pemaju.

Telah menjadi standard bisnis practice untuk setiap pemaju buka anak syarikat yang baru untuk setiap projek mereka yang berasingan. Pemaju mengambil langkah ini untuk mengurangkan risiko dalam kes kerugian.

Inilah sebabnya kadang ada projek perumahan yang terbengkalai, tetapi masih hidup parent company syarikat tersebut.

Apabila si Pembeli hendak buat tuntutan di mahkamah pun, hanya boleh tuntut kepada Si Anak Syarikat yang menjadi counterparty/signatory dalam SPA tadi. Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang.

-----

Nota: Tuan Azam Yaacob adalah seorang akauntan forensik, yakni akauntan dengan pengkhususan bidang mengesan kecurangan yang terselindung dalam rekod-rekod kewangan syarikat. 

Thursday, October 24, 2013

Panduan Berpartner

Partner senior....
Partner junior....

Dalam partnership Khadijah-Muhammad, Khadijah adalah partner senior, manakala Muhammad Muda adalah partner junior.

Dalam berpartner, kedua-dua pihak mempunyai tugas dan peranan terhadap satu sama lain.

.

Seseorang partner itu menjadi partner senior apabila:

+ Dia lebih lama berpengalaman sebagai orang bisnes.

+ Dia memiliki modal kewangan dan material yang lebih banyak.

Khadijah adalah partner yang kaya.

.

Seseorang partner itu menjadi partner junior apabila:

+ Dia mempunyai ilmu bisnes, tetapi dia tidak mempunyai banyak pengalaman praktikal menjalankan bisnesnya sendiri.

+ Dia memiliki modal sosial, tetapi tidak memiliki modal kewangan dan material bagi menjalankan bisnesnya sendiri.

Muhammad Muda adalah partner yang miskin.

.

Hasil partnership Khadijah-Muhammad itu, dalam tempoh 7 tahun sahaja:

+ Muhammad Muda telah berjaya memainkan peranannya menambahkan kekayaan Khadijah. Khadijah si kaya menjadi semakin kaya.

+ Khadijah telah berjaya memainkan peranannya mengubah Muhammad Muda daripada seorang pemuda yang tidak memiliki kekayaan menjadi seorang pemuda yang kaya. Muhammad Muda si miskin menjadi orang kaya.

.

Daripada sirah itu, kita dapat gali beberapa panduan penting:

+ Dalam menjalankan bisnes, wujud apa yang disebut sebagai 'role-and-responsibility' seseorang business-partner kepada partnernya.

+ Senior-partner mempunyai tanggungjawab mengkayakan partner-partnernya yang 'miskin'.

+ Orang-orang muda yang berilmu tetapi 'miskin-modal', pilih senior-partner yang mampu mengkayakan junior-junior-partnernya.

+ Junior-partner mesti menokok kekayaan senior-partnernya.

Customer

Customer, customer, customer....

Dalam BMC, jangan fikir produk dulu. Itu tidak betul!

Fikirkan customer dahulu. 

Kita sangka kita kenal customer kita. Betulkah?

Dari mana kita kenal customer kita? Pernahkah kita menjalankan pemerhatian tingkah laku customer di depan rak desplay?

Seorang ahli ABS yang mengeluarkan pakaian muslimah dan kanak-kanak middle-class di Shah Alam memberitahu....

Katanya kepada saya, "Ibu-ibu tidak cerewet apabila memilih bajunya sendiri. Apa yang ada di depan matanya, jika dia berkenan, dia terus beli."

Katanya lagi, "Tapi ibu-ibu yang sama, apabila mereka memilih pakaian untu anak mereka, tiba-tiba mereka menjadi amat cerewet!"