Saturday, October 26, 2013

Risiko menjalankan bisnes dengan syarikat enterprise.

Ahli ABS Tuan Azam Yaacob menerangkan perbezaaan antara syarikat enterprise dengan syarikat sendirian berhad:

Syarikat enterprise:

Undang-undang hampir tiada membezakan langsung entiti perniagaan dengan si usahawan. Maknanya, berapa si usahawan dapat, banyak itulah misalnya dari segi cukai ianya akan dinilaikan. Termasuklah kes pinjaman; jika amaun yang dipinjam 100K; 100K ribu itulah yang akan dituntut oleh bank - Tidak kisah kepada usahawan ataupun enterprise tersebut.

Syarikat Sdn Bhd:

Mukadimah sedikit: Dalam cerita Speed (1994), Sandra Bullock ialah salah seorang pelakon utamanya. Ini ialah cerita aksi, yang dari segi pembikinannya mempunyai risiko tinggi kerana ada 'high-speed car chase'. Sandra kena pandu bas tanpa henti dengan kelajuan >50 mph. Kalaulah si Sandra pandu bas sendiri dan accident, tentunya memberi impak besar kepada produksi filem, apa lagi kalau dia maut ketika membuat aksi stunt. Sebabnya mudah; individu adalah unik, hanya satu Sandra Bullock di atas dunia ini. Kalau dia mati, filem pun bungkus.

Bagi menyelesaikan masalah di atas dan mengelakkan / menurunkan risiko kemalangan ke atas pelakon utama, khidmat stunt double digunapakai. Untuk setiap aksi berisiko, stuntwoman akan masuk shooting scene tersebut.

Impak dari situasi di atas, risiko kemalangan ditanggung oleh pakar stunt yang professional. Kalau pun kemalangan maut, pelakon utama tidak terjejas; cari sahaja pengganti stunt dan terus bikin filem. Dari segi keuntungan pula, apabila filem berjaya Sandra Bullock pula dapat nama (termasuk gaji berlakon)

Cerita Sdn Bhd sama seperti analogi diatas. Terminology yang berkenaan ialah 'separate legal entity'. Ini bermakna usahawan ialah satu individu, manakala syarikat sdn bhd juga another individu yang berasingan.

Jadinya duit/harta si usahawan, ialah harta peribadi dia. Harta syarikat Sdn Bhd - ialah harta syarikat.

Dalam kes-kes apa-apa tuntutan contohnya pinjaman bank yang dibuat oleh syarikat, bank layak tuntut dari syarikat sahaja. Selagi ada 1 sen pun duit syarikat bank boleh tuntut.

Berbeza dengan Enterprise, bank tidak boleh tuntut harta peribadi si usahawan tadi kerana 'doctrine separate legal entity'.

Contoh umum dalam bisnes:

Jika kita berkunjung ke syarikat pemaju rumah dan akhirnya setuju hendak membeli rumah, satu SPA (Sales and Purchase Agreement) akan ditandatangani.

Perjanjian ialah antara Si pembeli dengan Si Pemaju. Namun menjadi bisnis standard dalam SPA tersebut nama Si Pemaju tiada tetapi digantikan dengan nama anak syarikat si Pemaju.

Telah menjadi standard bisnis practice untuk setiap pemaju buka anak syarikat yang baru untuk setiap projek mereka yang berasingan. Pemaju mengambil langkah ini untuk mengurangkan risiko dalam kes kerugian.

Inilah sebabnya kadang ada projek perumahan yang terbengkalai, tetapi masih hidup parent company syarikat tersebut.

Apabila si Pembeli hendak buat tuntutan di mahkamah pun, hanya boleh tuntut kepada Si Anak Syarikat yang menjadi counterparty/signatory dalam SPA tadi. Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang.

-----

Nota: Tuan Azam Yaacob adalah seorang akauntan forensik, yakni akauntan dengan pengkhususan bidang mengesan kecurangan yang terselindung dalam rekod-rekod kewangan syarikat. 

Thursday, October 24, 2013

Panduan Berpartner

Partner senior....
Partner junior....

Dalam partnership Khadijah-Muhammad, Khadijah adalah partner senior, manakala Muhammad Muda adalah partner junior.

Dalam berpartner, kedua-dua pihak mempunyai tugas dan peranan terhadap satu sama lain.

.

Seseorang partner itu menjadi partner senior apabila:

+ Dia lebih lama berpengalaman sebagai orang bisnes.

+ Dia memiliki modal kewangan dan material yang lebih banyak.

Khadijah adalah partner yang kaya.

.

Seseorang partner itu menjadi partner junior apabila:

+ Dia mempunyai ilmu bisnes, tetapi dia tidak mempunyai banyak pengalaman praktikal menjalankan bisnesnya sendiri.

+ Dia memiliki modal sosial, tetapi tidak memiliki modal kewangan dan material bagi menjalankan bisnesnya sendiri.

Muhammad Muda adalah partner yang miskin.

.

Hasil partnership Khadijah-Muhammad itu, dalam tempoh 7 tahun sahaja:

+ Muhammad Muda telah berjaya memainkan peranannya menambahkan kekayaan Khadijah. Khadijah si kaya menjadi semakin kaya.

+ Khadijah telah berjaya memainkan peranannya mengubah Muhammad Muda daripada seorang pemuda yang tidak memiliki kekayaan menjadi seorang pemuda yang kaya. Muhammad Muda si miskin menjadi orang kaya.

.

Daripada sirah itu, kita dapat gali beberapa panduan penting:

+ Dalam menjalankan bisnes, wujud apa yang disebut sebagai 'role-and-responsibility' seseorang business-partner kepada partnernya.

+ Senior-partner mempunyai tanggungjawab mengkayakan partner-partnernya yang 'miskin'.

+ Orang-orang muda yang berilmu tetapi 'miskin-modal', pilih senior-partner yang mampu mengkayakan junior-junior-partnernya.

+ Junior-partner mesti menokok kekayaan senior-partnernya.

Customer

Customer, customer, customer....

Dalam BMC, jangan fikir produk dulu. Itu tidak betul!

Fikirkan customer dahulu. 

Kita sangka kita kenal customer kita. Betulkah?

Dari mana kita kenal customer kita? Pernahkah kita menjalankan pemerhatian tingkah laku customer di depan rak desplay?

Seorang ahli ABS yang mengeluarkan pakaian muslimah dan kanak-kanak middle-class di Shah Alam memberitahu....

Katanya kepada saya, "Ibu-ibu tidak cerewet apabila memilih bajunya sendiri. Apa yang ada di depan matanya, jika dia berkenan, dia terus beli."

Katanya lagi, "Tapi ibu-ibu yang sama, apabila mereka memilih pakaian untu anak mereka, tiba-tiba mereka menjadi amat cerewet!"

Monday, October 21, 2013

Ebook Mulakan Bisnes Hari ini


Ebook ditulis adalah dari nota-nota yang disampaikan oleh Puan Guru Ainon Mohd yang bijaksana. Kejayaan beliau tidak dapat dinafikan lagi. Beliau merupakan Pengerusi PTS Media Group sebuah syarikat Penerbitan Buku yang terbesar di Malaysia.






Beliau telah menubuhkan Ainon Bussinses School bagi membantu usahawan-usahawan yang mahu berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Blog ini diselenggarakan oleh http://bisnes-mazhababs.blogspot.com/2013/02/penulis-blog-bisnes-mazhab-abs.html bagi berkongsi nota-nota dan tips-tips bisnes beliau.

                                                    



Isi Kandungan
Bahagian 1: Apa itu bisnes?
Bab 1: Idea dan peluang bisnes
·         Mencipta dan menulis idea bisnes
·         Peluang Bisnes didepan mata
·         Bisnes apa?
·         Apa itu modal?
·         Merebut peluang
Bab 2: Memulakan bisnes
·         Mulakan hari ini bukan esok
·         Apa itu lean startup
·         Apa itu validasi produk
·         Strategi bisnes
·         Nama bisnes
Bab 3: Melakukan kajian bisnes
·         Kajian produk
·         Kajian lokasi
·         Kajian pasaran
·         Risiko bisnes
·         Target bisnes
·         Mature market
·         Mood bisnes
·         Persaingan bisnes

Bahagian 2: Menubuhkan perniagaan
Bab 1: Pendaftaran syarikat
·         Kaedah pendaftaran bisnes
·         Tanggungjawab peniaga
·         Jenis-jenis syarikat
Bab 2: Pembukaan akaun
·         Pemilihan bank
·         Kos pembukaan akaun
·         Akaun rakan kongsi
Bab 3: Bentuk-bentuk perniagaan
·         Perniagaan baru
·         Perniagaan sedia ada
·         Francais
·         Open partnership
Bahagian 3: Usahawan dan peniaga
Bab 1: Motivasi usahawan
·         Kaya itu mulia, Nabi kita kaya
Bab 2: Networking
Bab 3: Minum Kopi
Bab 4: coaching bisnes
Bahagian 4: Merancang Bisnes
Bab 1: BMC
Bab 2: BM You
Bab 3: BME
Bab 4: Rancangan perniagaan
Bab 5: Positioning

Bahagian 5: Peraturan dan undang-undang perniagaan
Bab 1: Lesen
Bab 2: Harta intelek
Bab 3: peraturan lain

Bahagian 6: Konten Bisnes
Bab 1: Pemasaran
·         Permision marketing

Bab 2: Operasi
·         Proses operasi
·         SOP
·         Bahan mentah
Bab 3: Pentadbiran
·         Pengurusan pekerja
·         Mendorong staff
Bab 4: Kewangan
·         Akaun syarikat
·         Kos
·         Penyata pendapatan
·         Sumber
·         Mengurus keuntungan syarikat

Bahagian 7: Strategi bisnes
Bab 1: Teknik Nabi buat bisnes
·         Formula bisnes Nabi
·         Mengapa bisnes perlu berkembang?
·         Apa itu introducer?
·         Pengurusan gaya nabi
Bab 2: Strategi berunding
Bab 3: kaedah berfikir dalam bisnes
·         Design thinking
·         Lateral thinking
·         Stategic thinking
Bab 4: Tips bisnes
·         Cara promosi bisnes di FB
·         Cara menentukan KPI
·         Tips melabur kepada orang muda
·         Tips orang bisnes berbual-bual
·         Tips kutip hutang
·         Cara bisnes gaya korporat
·         Pre mortem bukan post mortem
·         Consignment

Bahagian 8: Produk
Bab 1: Brand produk
·         Branding cara barat
Bab 2: Produk Komoditi
Bab 3: Produk premium
Bab 4: Kemahiran menjual dan mengedar produk
Bab 5: barang laku tapi bisnes lingkup

Bahagian 9: Tokoh Bisnes ABS
Bab 1: Puan Lili Norsharira: Dari Meja ke Usahawan berjaya
Bab 2: Tuan Mahathir: Magik Guesthouse


Penutup




Sinopsis
Apa yang kita perlu tahu tentang bisnes?. Itulah yang akan dibincangkan dalam buku ini. Mengapa kita harus bertangguh-tangguh untuk memulakan bisnes?. Sedangkan kita sudah mengetahu apakah kelebihan berbisnes sendiri tanpa terikat dengan kehidupan 'makan gaji'. Bisnes bukanlah indah khabar dari rupa. Kejayaan dalam aktiviti bisnes memang manis namun jalan-jalan ke arah kejayaan itu harus dilalui dengan penuh sabar. Tiada kejayaan yang mudah dan tiada kejayaan yang kekal melainkan dengan usaha yang jitu. Masakan kita boleh hidup 'goyang kaki' menunggu duit datang dari langit.

Namun, seronoknya berbisnes bukan terletak pada banyaknya wang yang kita perolehi tetapi ia tentang bagaimana kita mencipta kejayaan berkali-kali. Motivasinya tetap duit..duit..Bagaimana membuat duit setiap hari. Berbisnes adalah tentang usaha dan cara kita berfikir. 

Buku ini merungkai semua persoalan asas bagi memulakan bisnes. Mulakan hari ini. Bukan esok atau lusa. Semoga perkongsian di dalam buku ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Selamat membaca

Insya Allah  buku ini akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Jualan tunai

Jualan tunai adalah nyawa cashflow....

Nabi kita menjalankan trading secara tunai. Sistem barter adalah juga sistem tunai.

.

Pada masa ini banyak peniaga mengamalkan sistem kredit. Jualan secara consigment adalah juga jualan secara kredit.

Sistem ini dapat menghasilkan jualan yang tinggi. Ini yang menjadikan sistem kredit sangat seksi kepada peniaga yang baru memulakan bisnes.

Peniaga baru sangat mahukan sales naik, naik, naik.

Mereka mahu tengok stok keluar banyak dari setor. Mereka mahu tengok setor cepat kosong.

Namun sistem kredit adalah juga punca syarikat yang jualannya laku tetapi akhirnya bisnesnya lingkup.

.

Sistem jualan kredit tidak memberikan maklumat tepat:

+ Jualan secara kredit tidak memberikan gambaran yang tepat berkenaan permintaan produk kita. Betulkah pasaran mahukan produk kita?

+ Walaupun dari segi akaunting stok yang keluar dari setor sudah dikira sebagai 'sale' tetapi dalam realiti 'sale' belum berlaku!

+ Walaupun stok sudah keluar dari setor, tetapi kita tidak tahu apakah stok itu memang ada permintaannya dan pasti dibeli oleh end-user.

+ Kita tahu nasib sebenar stok kita itu hanya apabila tempoh kredit sudah tamat, dan stok yang tidak laku dipulangkan.

.

Kelemahan sistem kredit yang paling berbahaya kepada survival syarikat adalah:

+ Isu tempoh kredit yang panjang

+ Isu hutang lapuk

Bisnes kita lingkup bukan kerana barang tidak laku, tetapi disebabkan barang laku sebaliknya agents tidak membayar hutang.

Tip menjadi pelabur ke atas bisnes orang muda

Dari ABS

Tip menjadi pelabur ke atas bisnes orang muda....

Banyak individu yang memberi modal bisnes kepada orang muda bagi tujuan memulakan bisnes, mereka memberikan modal dalam wang tunai.

Akibatnya, banyak pelabur mengalami situasi di mana wang tunai mereka lesap, bisnes lingkup, hubungan baik dengan orang muda itu rosak.

.

Jangan berikan wang tunai kepada orang muda yang baru hendak belajar berniaga. Berikan barang-barang yang akan diperdagangkan oleh orang muda itu.

Contoh aplikasi prinsip pelaburan:

+ Apabila Tn. Nassir Shamsudin mahu mengeluarkan dan mengedarkan baju Melayu denim, saya sebagai pelabur membelikan bahan-bahan mentah yang beliau perlukan bagi menghasilkan baju Melayu itu.

+ Apabila syarikat PTS Sarah Kids mahu mengedarkan permainan pendidikan kanak-kanak awal, saya membayarkan harga pembelian barang-barang itu.

+ Apabila syarikat ABS Hipersale mahu mengedarkan power bank, saya membayarkan harga pembelian barang tersebut.

.

Dengan mengaplikasi prinsip pelaburan Khadijah, tidak berlaku risiko wang kita dibelanjakan dengan cara yang tidak kita ingini oleh pihak penerima modal pelaburan kita. 

Mengurus duit keuntungan syarikat.

Dari ABS

Mengurus duit keuntungan syarikat....

InsyaAllah, dengan mengamalkan strategi dan teknik berniaga cara Nabi kita, bisnes kita akan membuat keuntungan.

Staff-staff kita pasti tahu sama ada syarikat kita membuat untung ataupun tidak.

Cara kita menggunakan duit keuntungan bisnes dapat menaikkan semangat kerja staff ataupun mematahkan semangat kerja mereka. Ia juga boleh menyebabkan staff kita semakin menghormati kita ataupun sebaliknya.

1. Gunakan duit kentungan syarikat bagi menyukakan hati staff.

Tokok ganjaran kewangan yang mereka sudah sedia terima. Sebagai contoh, berikan ghanimah, ataupun tambahkan lagi jumlah wang bonus. Staff seronok, mereka sanggup bekerja lebih kuat. Bisnes kita bertambah bagus!

2. Simpan duit keuntungan itu dalam bentuk tunai.

Ini sangat-sangat penting. Syarikat kita mesti banyak duit simpanan. Pertama, ia adalah cara kita mengurus apabila berlaku keadaan kecemasan.

Bank kita mahu supaya kita serahkan duit tunai kita kepada bank. Simpan tunai dalam bank. Gunakan wang tunai itu sebagai cagaran supaya bank mahu menaikkan lagi fasiliti untuk syarikat kita.

Dengan fasilti tambahan kita dapat membuat lebih banyak bisnes, mengambil lebih banyak staff, menaikkan lagi nilai bisnes kita, dan seterusnya dapat membayar lebih banyak bonus.

3. Ponjot sebahagian dari duit keuntungan dan belikan hartanah.

Friday, October 18, 2013

Tip pengurusan gaya Nabi.

Dari kelas ABS 

Tip pengurusan gaya Nabi....

Salah satu ciri orang-orang Nabi adalah mereka itu mempunyai enthusiasm yang amat tinggi.

Pantang sahaja Nabi memberitahu sesuatu, terus mereka lakukannya, tak payah disuruh-suruh!

Kita sebagai majikan, dapat menjadikan staff kita macam orang-orang Nabi. Penuh entusiasme.

Perkara-perkara yang membunuh entusiasme....

1. Nasihat yang tidak diminta
2. Teguran
3. Peringatan
4. Kritikan
5. Siasatan
6. Ungkitan
7. Ramalan negatif
8. Denda, hukuman

Perkara-perkara yang mencipta entusiasme....

1. Pujian ke atas sikap yang baik
2. Pujian ke atas daya usaha
3. Pujian ke atas hasil kerja
4. Pujian ke atas prestasi
5. Pujian serta-merta
6. Pujian yang diucapkan di hadapan orang
7. Pujian ke atas pencapaian kecil
8. Pujian di belakang
9. Sangka baik

Abdul Rahman bin Auf

Dari kelas ABS

Abdul Rahman bin Auf adalah seorang bisnesman yang sangat terkenal.

Beliau ikut dalam rombongan Nabi berpindah dari Mekah ke Madinah, dalam keadaan sehelai sepinggang.

Apabila tiba ke Madinah beliau bertanya, "Tunjukkan kepadaku di mana pasar?"

Jadi, daripada pertanyaannya itu kita membaca BMC Abd. Rahman bin Auf.

Apabila beliau mahu memulakan bisnesnya di Madinah, beliau bukannya berfikir, "Aku mahu jual apa?"

Beliau mencari maklumat tentang keadaan pasaran di Madinah. Selepas dia tahu pasaran di situ, barulah beliau memikirkan apa produk yang dapat dijualnya di Madinah.

Ini berbeza sekali dengan majoriti peniaga Melayu. Belum apa-apa dia sudah memikirkan dia mahu jual apa. Belum belajar menguruskan duit modal, peniaga Melayu sudah memikirkan bagaimana membuat pinjaman....

strategi berunding

Dari ABS

Kursus strategi berunding siang tadi....

Nabi kita menawan Mekah tanpa mengeluarkan walau sebilah pedang pun dari sarungnya. 

Nabi Muhammad mengalahkan tentera Quraisy yang jauh lebih besar jumlahnya hanya dengan berunding.

Cara Nabi adalah dengan mengalah 10 kali berturut-turut kepada pihak Quraisy Mekah.

.

Perjanjian Hudaibiyah menunjukkan parallelismes dengan ciri-ciri DNA bisnesman korporat....

1. Memiliki ketajaman otak, cepat dapat melihat peluang-peluang bisnes yang besar dan berpanjangan.

2. Memiliki bakat diplomat, mahir menjalin hubungan kerjasama, biarpun dengan pihak yang memusuhi.

3. Memiliki bakat politik, tahu kepada siapa dia patut mengalah dahulu, dan di mana dia patut mengalah dan mengalah lagi kepada seterunya.

4. Memiliki bakat ketenteraan, tahu bila masa terbaik masuk gelanggang dengan kesediaan menanggung rugi yang sudah dicongak.

Bisnes servis dan simptom 'burn-out'.

Dari ABS

Bisnes servis dan simptom 'burn-out'....

Nabi kita membuka bisnes pertama dalam bidang servis. Beliau menjual servis menjaga kambing-kambing orang kaya.

Selepas 4 tahun, beliau keluar dari bisnes servis, dan berpindah ke bisnes trading.

.

Tempoh 4 tahun itu mempunyai signifikannya.

Dalam menjalankan bisnes servis, apabila kita terlibat secara aktif dalam delivery servis itu, selepas 4 tahun tiap-tiap hari kita mengulang-ulang kerja yang serupa, kita akan mengalami keletihan.

Dari sudut psikologi, tempoh 'burn-out' itu lebih cepat sampai bagi usahawan yang memiliki pendidikan tinggi.

.

Implikasi 'burn-out' ke atas bisnes servis kita:

Kita musti mempunyai exit-plan bagaimana kita mahu meneruskan bisnes servis kita tanpa kita sendiri menjalankan kerja-kerja delivery servis itu.

Sebagai contoh, kita menjalankan bisnes salun rambut. Selepas 4 tahun kita tidak mahu lagi memegang kepala pelanggan kita.

Jadi, kita perlu mempunyai rancangan bagaimana salun kita dapat berjalan baik tanpa kita perlu berada di dalam salun itu.

Branding cara barat

Dari ABS

Branding gaya syarikat Barat....

Teori branding adalah salah satu daripada berpuluh-puluh teori marketing yang dicipta oleh pakar-pakar pemasaran Barat.

Teori branding sangat, sangat, popular. Ia adalah teori marketing No. 1 dalam pasaran. 

.

Pada masa ini banyak peniaga sudah macam yakin teori branding adalah perkara yang wajib diamalkan. Ini silap!

Dengan tidak ambil pusing berkenaan teori-teori marketing lain, yang lebih mudah, lebih murah, mereka terus memilih teori branding.

.

Banyak peniaga Melayu memohon grant yang bernilai berpuluh ribu ringgit khusus kerana mahu mengamalkan teori branding ala-Barat.

Yang untung adalah agensi-agensi pengikalanan yang akhirnya menerima duit grant itu apabila mereka yang mendapat job membuat papan iklan gergasi di tepi-tepi highway.

Cara menentukan KPI

Dari ABS

Menetapkan target KPI....

Majoriti majikan percaya kepada teori X, di mana teori ini mengatakan manusia memang semulajadi pemalas. Justeru mereka perlu diberi ganjaran ataupun diberi hukuman supaya mereka mahu bekerja kuat.

Dalam praktis pengurusan gaya Barat, pihak majikan yang menetapkan target produktiviti pekerja.

Ganjaran disediakan oleh majikan apabila pekerja berjaya mencapai target itu.

Contoh ganjaran: Bonus dan komisen.

.

Dalam gaya pengurusan syarikat Badar, majikan tidak menetapkan target KPI pekerjanya.

Pekerja yang menetapkan target KPI mereka sendiri.

Fenomena ini terbit apabila syarikat mempraktikkan sistem ghanimah.

Cara orang bisnes promosi di FB

Dari ABS

Cara manakah yang betul bagi mempromosikan bisnes kita dalam FB?

+ Promosi diri kita?
+ Promosi produk kita?
+ Promosi bisnes kita?
+ Promosi kepakaran kita?

.

FB adalah alat yang bagus bagi mempromosi bisnes kita supaya dikenali dalam pasaran.

Kerja-kerja mempromosi bisnes kita perlu dirancang dengan teliti, supaya tidak berlaku fenomena di mana kita hendak menembak pelanduk, gajah pula yang mati.

.

Kita gunakan FB bagi mencipta kesan-kesan positif ke atas diri kita dan juga ke atas bisnes kita.

Caranya:

+ Posting yang kita tulis mengandungi informasi yang berguna kepada friends dan follower kita.

+ Selepas membaca posting kita, mereka mahukan lebih banyak info lagi.

+ Sekali sekala sahaja kita selitkan info tentang bisnes ataupun produk kita, itupun secara sipi-sipi.

.

Supaya kita tidak tertembak gajah....

+ Berjimat cermat menerbitkan foto muka kita. Ini bagi mengelakkan over-exposure. Kalau orang lain yang terbitkan foto kita dalam FB mereka, tidak mengapa. Jangan kita sendiri.

+ Berdikit-dikit menceritakan kejayaan bisnes kita. Berhati-hati apabila menceritakan kehebatan diri kita. Dalam budaya Melayu, perkara-perkara ini sangat sensitif.

Maksud pepatah Jawa: Semakin merendah, semakin tinggi....