Friday, July 11, 2014

Fenomena one-time-hit.

Puan Ainon menulis
Fenomena one-time-hit.
Dalam industri muzik, fenomena one-time-hit banyak berlaku. Sebagai contoh, ada penyanyi di mana pertama kali dia merakamkan suaranya, ada sebuah lagunya yang meletup-letup, menjadikan dia sangat popular.
Tetapi itulah satu-satu lagunya yang meletup. Selepas lagu itu, apabila dia merakamkan lagi suaranya, tiada lagunya yang meletup. Kemudian namanya pun hilang.
Dalam dunia penerbitan buku pun ada fenomena one-time-hit.
.
Dalam dunia bisnes pun ada berlaku fenomena one-time-hit.
Sebagai contoh, dalam dunia bisnes fesyen dan apparel.
Memamg berlaku fenomena di mana seorang pengeluar pakaian yang mengeluarkan desain pertamanya yang meletup-letup, sehingga dia berjaya menjual ribuan unit.
Tetapi selepas desainnya itu tidak trendi lagi, dia gagal mengeluarkan desain baru yang meletup-letup. Semua desainnya selepas itu laku suam-suam kuku sahaja.
.
Ada perangkap besar dalam kes fenomena one-time-hit.
Fenomena ini berlaku pada peringkat pertama kita masuk pasaran. Waktu itu kita tidak mempunyai banyak pengalaman lagi. Kita masih mentah dalam bisnes.
Kita mudah terjebak ke dalam andaian-andaian yang salah tentang kerenah pasaran.
Kita andaikan pasaran akan mahu lebih banyak dari kita. Kita nampak lebih banyak duit akan masuk!
Andaian-andaian itu mendorong kita yakin kejayaan pertama itu akan berulang lagi, dan lagi. Lebih banyak duit akan masuk.
Semasa one-time-hit itu berlaku, kita juga belum pandai mengawal nafsu akibat tiba-tiba mendapat durian runtuh!
Dengan keyakinan lebih banyak duit akan masuk, dengan nafsu yang inginkan kemewahan, dengan duit tunai yang banyak, kita mengubah gaya hidup kita....

Contoh surat pelaksanaan SOP cuti:

Ainon Mohd menulis
Contoh surat pelaksanaan SOP cuti:
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pihak HR dalam proses penambahbaikan sistem pentadbiran. Pada bulan ini, kami akan mengkhususkan kepada skop cuti.
Dilampirkan di dalam e-mail ini, Standard of Procedure (SOP) untuk dipatuhi oleh semua staf.
Taklimat mengenai perkara ini akan dilakukan.
Sehubungan dengan itu, segala cuti "advance" akan dibekukan sehingga diberitahu. Kegagalan mematuhi SOP yang dinyatakan akan terus dikira sebagai "Non Pay Leave" (NPL) dan gaji akan ditolak mengikut hari yang terlibat.
Diingatkan juga bahawa mengikut S.15(2) Akta Kerja 1955, jika tidak hadir selama dua hari berturut-turut tanpa kebenaran daripada majikan, akan dianggap sebagai melanggar kontrak perkhidmatan dan tindakan pemberhentian kerja boleh dilakukan di atas ketidakhadiran tersebut.

Teori TRIBE

Internet Marketing Menggunakan Strategi TRIBE oleh Seth Godin
Pada masa ini teori TRIBE adalah No. 1 popular diaplikasi dalam internet marketing.
Pada mulanya Seth Godin mengemukakan suatu idea yang berupa teori sahaja. Teori beliau itu diperkuat dengan kejayaan aplikasinya sebagaimana yang beliau sendiri dapat buktikan. Itulah yang mendorong banyak pihak mencuba aplikasi teori TRIBE dalam bisnes mereka.
.
Puan Ainon Mohd menulis..
Pada masa ini para pengamal teori TRIBE sudah melahirkan pelbagai strategi dan pelbagai taktik.
Kemunculan ABS adalah hasil aplikasi 4 teori dan strategi secara serentak, di mana dengannya ABS mencipta strategi dan taktik kita sendiri.
+ Teori TRIBE
+ Teori FREE Economy
+ Strategi CONTENT Marketing
+ Strategi PERMISSION Marketing
.
TRIBE boleh disamakan dengan 'pengikut', 'peminat', 'penyokong', 'puak'.
Bagaimanakah kita mendapatkan pengguna internet yang mahu menjadi TRIBE kita?
Seth Godin mencipta strategi 'content marketing'. Di sini kita menulis bahan-bahan maklumat yang diperlukan oleh pengguna internet. Bahan-bahan itu mesti diberikan secara FREE!
Disebabkan bahan-bahan FREE itu sangat bermanfaat, mereka meminta supaya kita membekalkan setiap tulisan kita itu kepada mereka. Mereka itu menjadi SUBSCRIBER tulisan kita.
Semakin lama semakin banyak pengguna internet yang meminta menjadi subscriber, yakni TRIBE kita. Jumlah subscriber tulisan Seth Godin sudah berjuta banyaknya.
.
Dalam aplikasi teori dan strategi TRIBE, kita hanya mempromosi bisnes kita kepada TRIBE kita sendiri.
Ertinya, kita wajib mempunyai sekumpulan pengguna internet yang menjadi TRIBE kita. Kepada merekalah kita promosi bisnes kita. Strategi ini disebut PERMISSION Marketing.

Siapa wajib ada dalam Team Bisnes kita?

Puan Ainon menulis..
Siapa wajib ada dalam Team Bisnes kita?
Banyak peniaga mempunyai banyak pekerja. Tetapi dia tidak mempunyai Tim Bisnes yang kuat. Dia cuma ada kumpulan pekerja!
+ Kumpulan pekerja, mereka bekerja.
+ Tim Bisnes, mereka berfikir.
Dalam pengurusan gaya-towkay, hanya 1 orang berfikir. Yang lain semua bekerja.
.
Di bawah ini adalah keanggotaan Tim Bisnes yang betul. Baru bisnes boleh berkembang sebagaimana yang dirancang.
.
1. Orang yang menjaga produk.
Tugasnya menambahkan nilai kepada produk-produk kita.
+ Kalau dalam Tadika ABS, orang ini adalah Pengurus Modul. Tugasnya adalah menaikkan kualiti modul yang sedia ada, dan mencipta modul-modul baru untuk kegunaan tadika.
.
2. Orang yang menjaga marketing.
Tugasnya adalah mendesain strategi marketing supaya informasi produk kita sampai kepada bakal pembeli.
+ Kalau di Tadika ABS orang ini bertugas menyampaikan informasi tentang tadika ABS kepada bakal para pelabur Khadijah dan ibu bapa, bagi membolehkan peningkatan jumlah cawangan tadika.
.
3. Orang yang menjaga jualan.
Tugasnya adalah menaikkan jumlah pelanggan ataupun pembeli.
+ Kalau di Tadika ABS, orang ini bertugas menyampaikan informasi tentang tadika ABS kepada ibu bapa, dan dengan itu menaikkan jumlah pendaftaran pelajar.
.
4. Orang yang memberi servis kepada customer.
+ Tugas orang ini adalah menyelesaikan masalah pelanggan.
Kalau di Tadika ABS orang ini membantu pengusaha-pengusaha tadika ABS menyelsaikan masalah mereka, supaya mereka dapat membangunkan bisnes tadika mereka.
.
5. Orang yang membangunkan bisnes-bisnes syarikat.
+ Tugasnya adalah melakukan analisis ke atas segala data kewangan dan data pelanggan bagi mengenalpasti bisnes-bisnes baru yang patut dibangunkan.
6. Akauntan.
7. Orang yang menjaga pentadbiran dan kakitangan syarikat.