Tuesday, February 19, 2013

Perihal Seth Godin atau Syeikh Godin


Tuan Firdaus Arif Menulis:

Seth Godin telah banyak menulis tentang manifesto ekonomi baru pasca-industri. Strategi dan taktik yang terkandung di dalamnya masih mentah dan harus dihadam perlahan-lahan...

Kerja yang sukar tetapi perlu untuk menghadapi perubahan masa akan datang.
Kaedah Permision Marketing
Satu fakta menarik dan boleh ditiru tentang Seth Godin dalam memasarkan buku-buku beliau:
Beliau bukan saja cakap, tapi beliau juga praktikkan apa yang beliau sampaikan dalam buku itu semasa merilis dan memasarkan buku itu juga.

Contoh:
1. Permission Marketing dipasarkan dengan kaedah permission marketing. 1/3 daripada buku itu akan diberi jika anda mendaftar minat terhadap buku itu melalui emel.

2. Purple Cow dipasarkan dengan kaedah purple cow. Tatkala buku dijual sebuah-buah, Purple Cow dijual secara set (10 kalau tak silap) dan 10 buah ini dipakejkan dalam milk carton.

3. Tribe dipasarkan dengan kaedah Tribe. Godin membuka Tribe baru untuk mengumpulkan 'change agent' dalam satu puak yang beliau bina.



Pengalaman Tuan Syaizul Amal

Peniaga kecil selalunya tidak sempat untuk memikirkan strategi-strategi baru, kerana masa mereka tertumpu kepada survival syarikat. Walaubagaimanapun kita perlu bersedia kepada trend pasaran yang sentiasa berubah.

Sebagai peniaga saya tidak mahu terperangkap menguji strategi atau taktik baru, saya mahu yang telah terbukti berkesan. Oleh itu saya menunggu masa yang sesuai.

Salah satu strategi saya dalam menghadapi perubahan-perubahan ini adalah dengan mempersiapkan pasukan agar sentiasa siap siaga untuk perubahan. Apakah SOP syarikat kita apabila ada teknik atau strategi baru diperkenalkan? Bolehkah ianya diimplementasi dalam masa kurang 3 bulan?

Secara praktikal dari pengalaman saya, saya membuka ibupejabat operasi di Birmingham UK, di KL, Malaysia dan di Jakarta, Indonesia. Antara lain tujuannya adalah untuk mengenalpasti perubahan trend dan menyediakan syarikat bagi perubahan trend itu.

Apabila ada trend pemasaran baru, ia akan diimplementasikan di pasaran maju, contoh Europe. Gelombang trend pemasaran baru itu akan sampai ke Malaysia kurang dari 3 tahun. Maka kita perlu bersedia dalam masa 3 tahun itu. Lihat contoh pemasaran FB dan Twitter.

Buku-buku dalam gambar itu mesti dibaca atau sekurang-kurangnya diambil tahu, bersiap siaga apabila tiba masanya.

Puan Ainon Menulis:
Marketing, marketing, marketing....

Inilah kunci besar kepada sales. Tidak ada marketing, tidak ada sales.

Dalam bahasa biasa, marketing adalah memberitahu calon pembeli bahawa kita wujud, syarikat kita wujud, produk kita wujud, servis kita wujud.

Dalam ilmu marketing terdapat amat banyak mazhab, strategi dan teknik, sama banyaknya dengan nama-nama pengarang buku-buku marketing.

Saya pernah terbaca laporan bagaimana Hollywood membelanjakan 'dollar-to-dollar' untuk marketing filem dengan kos pengeluaran filem.

ABS ini di-marketkan kepada tuan dan puan menggunakan strategi Permisssion Marketing oleh Seth Godin, yang saya suka sebut nama beliau sebagai 'Syeikh' Godin

 Apabila kita membelanjakan duit bagi membiayai kos marketing kita, sangat berisiko jika kita tidak 'menganuti' sebarang teori marketing.

Nanti duit habis, sale pun tidak naik-naik..
Tidak ada teori marketing yang 'paling baik'.

Semua teori marketing ada kelemahan dan kekuatannya.

Kita pilih satu teori, dan amalkan teori itu dengan betul dan taat.

ABS memilih Permission Marketing (PM) disebabkan ia kelihantannya mudah digunakan sambil kita mematuhi syariah...
Dengan menggunakan strategi PM oleh Syeikh Godin ini, kita hanya memperkenalkan produk kita kepada orang-orang yang terpilih sahaja.

Sebagai contoh, tuan-tuan yang saya add masuk ke dalam secret group ABS ini saya pilih daripada mereka yang memberitahu dalam wall FB saya bahawa mereka ingin belajar dalam ABS.

Kepada tuan-tuan barulah saya terangkan apa yang saya ajarkan dalam ABS nanti.

Dengan cara begiini saya dapat terangkan isi kandungan kursus ABS yang bukan lagi rahsia, bukan lagi misteri....

Sheikh Godin adalah Guru Besar IM untuk seluruh dunia.

Dalam mazhab beliau, kita diajar supaya melakukan pemasaran dengan mematuhi sopan-santun. Sopan-santun yang bukan hanya 'betul' tetapi juga 'halus dan beradab'.

Intisari mazhab Syeikh Godin: "Jangan cuba menjual kepada sesiapa pun, kecuali orang itu sudah memberikan izinnya."


Dalam bisnes, ilmu yang paling sukar adalah ilmu marketing.

Ilmu-ilmu lain yang digunakan dalam pengurusan lain adalah mudah diperolehi.

Sebagai contoh, ilmu akaunting wajib digunakan dalam pengurusan bisnes. Tetapi ilmu ini sangat mudah dibeli! Bekalannya melambak dalam pasaran.

Tidak begitu halnya dengan ilmu marketing.

Ilmu akaunting sangat stabil. Ia tidak berubah-ubah.

Tidak begitu halnya dalam ilmu marketing.

Dalam konteks pasaran k-knowledge hari ini, universiti masih mengajarkan ilmu-ilmu marketing yang sudah kuno!

Kalau syarikat kita mengambil student yang hanya belajar ilmu marketing dalam buku Kotler, ini bahaya besar!


No comments:

Post a Comment