Saturday, March 16, 2013

Formula Bisnes Nabi

Puan Ainon menulis:
Apabila tuan baru pertama kali hendak memulakan bisnes, tuan boleh ikut formula yang dilakukan oleh Nabi Muhammad:

1. Mula-mula sekali Nabi menjual perkhidmatan sebagai penjaga ternakan orang kaya. Beliau membuat bisnes dengan apa yang ada dalam tangannya. 

Beliau mempunyai kemahiran menjaga ternakan, maka itulah modal bisnesnya. 

Dalam bahasa hari ini beliau membuka syarikat milik-sendiri sahaja, atau enterprise.

2. Kemudian Nabi berkuli dan bermentor selama 6 tahun dalam syarikat yang dimiliki oleh bisnesman yang terkenal baik ethicsnya.

Syarikat tempat beliau berkuli itu bergiat dalam bidang trading open market.

Beliau tidak bekerja dalam syarikat yang rasuah, ataupun menipu pelanggan dll.

3. Selepas 6 tahun berkuli, Nabi Muhammad membuka bisnes perkhidmatan yang lebih profesional.

Kali ini beliau membuka syarikat sendirian berhad, sudah ada rakan-kongsi. Rakan kongsinya mengeluarkan modal. Beliau mengerjakan modal itu.

Beliau bergiat dalam sektor fund management. Beliau memperdagangkan fund milik orang-orang kaya bukan Islam dan Yahudi. Daripada keuntungannya itu beliau menerima komisen yang besar.

Bisnes Nabi itu membolehkan beliau memulakan bisnes tanpa berhutang. Pada waktu yang sama beliau membuat banyak duit sehingga menjadi kaya raya.

Jadi, mulakan bisnes pertama dengan ber-partner dengan partner yang kaya....

Tips Permision Marketing_Tuan Bukhari

Website dan blog bisnes kita adalah alat kita mendapatkan orang supaya berminat dengan produk dan servis kita. Mula-mula mereka berminat sahaja, lama-lama mereka membeli.

Berikut adalah tip dari pakar PM:

1. Mereka mestilah mahu berkali-kali masuk dan membaca blog kita, bukan sekali klik dan selepas itu tidak mahu klik lagi.

2. Mereka juga mestilah mahu rekomen kepada kawan-kawan mereka supaya klik blog bisnes kita.

Salah satu strategi yang dapat digunakan supaya semakin hari semakin banyak klik blog bisnes kita adalah dengan menggunakan 'strategi bercerita'.

Apakah material cerita yang bagus digunakan dalam blog bisnes, sehingga orang suka berkali-kali masuk blog kita? Ini akan diterangkan dengan terperinci apabila tuan bercoaching dengan mana-mana pakar PM.

Perlukan Bisnes Berkembang?

Puan Ainon menulis:
Perlukah orang bisnes berusaha supaya bisnesnya membesar dan menjadi besar? 

Supaya kita mempunyai staff yang banyak, berpuluh-puluh, beratus-ratus, malah beribu-ribu bagi menjalankan bisnes kita?

Kalau kita seorang operator tadika, perlukah kita memiliki rangakaian berpuluh-puluh, malah beratus tadika?

Kalau kita seorang konsultan, perlukan kita memiliki puluhan, malah ratusan partner, di dalam dan di luar negara?

Kalau kita membela ayam, perlukah kita memiliki ladang yang mengeluarkan puluhan ribu ayam setiap bulan?

YA! Baru berfikir mahu memiliki bisnes yang besar pun sudah diberikan pahala, apatah lagi apabila kita berdaya usaha melakukannya.

Produk Oh Produk

Puan Ainon menulis:
Sangat sedikit syarikat pengeluar produk konsumer, seperti produk kesihatan, kosmetik dll, yang bertahan dalam pasaran.

Secara kasarnya ada 2 jenis produk yang peniaga Melayu banyak keluarkan:

1. Produk makanan ruji, seperti roti, mi kuning, mihun, sos, tauhu, rempah siap giling, bebola ikan, dll.

Produk jenis ini adalah dalam senarai keperluan harian, oleh itu dibeli berkali-kali, sepanjang masa.

Produk jenis ini juga boleh mencipta 'kesukaan' oleh itu berpeluang mendapatkan pengguna yang 'setia'. Sebagai contoh, orang yang biasa makan kicap cap kipas udang sanggup tidak mahu membeli kicap cap lain.

Banyak peniaga Melayu yang mengeluarkan produk jenis ini berjaya survive lama.

2. Produk bukan ruji, seperti kosmetik, makanan kesihatan, ubat-ubat herba, pes kuah masakan, dll.

Produk jenis ini bukan keperluan harian.

Produk ini paling banyak melahirkan peniaga yang rugi teruk. Sedikit yang berjaya, majoriti terbakar tangan.

Bisnes Model

Puan Ainon menulis:
Apabila kita hendak membuka bisnes baru, apakah kriteria yang paling bagus?

Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang bisnes adalah menyangka 2 bisnes yang berlainan sebenarnya mempunyai kaitan yang logikal.

Sebagai contoh:

1. Pemilik tadika membuat pelaburan baru di mana dia membeli bas mini.

Memang logiklah, bas itu dapat digunakan bagi mengangkut anak-anak tadikanya datang dan balik sekolah. Dia boleh dapat duit dari khidmat pengangkutan itu.

2. Kilang percetakan menubuhkan syarikat baru dalam bidang penerbitan buku.

Memang logiklah dia boleh cetak sendiri buku-buku yang diterbitannya dengan harga yang murah, oleh itu buku-bukunya dapat dijual dengan harga yang lebih rendah.

3. Penerbit novel cinta menubuhkan syarikat produksi drama televisyen.

Memang logiklah apabila novel-novel cintanya dijadikan drama televisyen dia dapat lebih banyak keuntungan. Dramanya buat duit, novelnya pun akan laku lebih keras.

Idea yang logik belum tentu baik dipraktikkan dalam strategi pengembangan bisnes.

* Bisnes tadika dan bisnes pengangkutan adalah 2 sektor bisnes yang tiada kaitan sama sekali!

* Bisnes percetakan dan bisnes penerbitan buku pun tiada kaitan sama sekali.

* Bisnes penerbitan novel cinta dan bisnes produksi drama TV juga tiada kaitan sama sekali.

Tiap-tiap bisnes itu mempunyai kanvas model yang amat berlainan.

TIP: Jangan membuka bisnes baru di mana bisnes itu termasuk dalam sektor lain daripada sektor bisnes kita sekarang.

Mulakan Bisnes

Puan Ainon menulis:
Apabila berfikir tentang bisnes apa yang akan dimulakan, salah satu aspek yang patut diberi perhatian adalah aspek kecantikan sosial.

Ada jenis-jenis bisnes yang menyebabkan si pemiliknya dipandang sangat mulia, dan ada yang sebaliknya.

Sebagai contoh, bisnes pusat asuhan kanak-kanak dan tadika menyebabkan pemilikinya semakin tua semakin dipercayai kualiti perkhidmatan bisnesnya. Dia juga dipandang semakin mulia.

Ada bisnes yang 'elok' semasa si pemiliki masih muda. Semakin tua semakin dianggap tidak sesuai lagi untuk orang tua....

Laut Bisnes

Puan Ainon menulis:
Tentang langkah-langkah menceburkan diri ke laut bisnes....

1. Syarikat pertama adalah tempat belajar berniaga. Pilih sektor perkhidmatan. Modalnya kecil. Apabila lingkup, mudah bangun semula. Yang penting pengetahuan dan kesilapan asas berniaga sudah diketahui.

2. Dari awal sudah difikir-fikirkankan bisnes ke-2 yang akan dibuka pada tahun ke-4. Fikirkan bidang-bidang yang melibatkan jual beli. Pelajari bidang-biang itu daripada rakan-rakan yang aktif dalam bidang-bidang tersebut. Mulakan bermentor dengan old-timer.

3. Jalankan bisnes pertama selama 3 - 4 tahun. Kemudian, serahkan bisnes itu kepada orang lain supaya mengurskannya. Dijual pun boleh. Ditutup sahaja pun boleh.

4. Buka bisnes kedua pada tahun ke-4 ataupun ke-5. Pilih bidang trading produk keperluan harian, tetapi jual beli produk keluaran orang lain. Bukan produk yang dibuat sendiri. Dalam fasa ini belajar menjadi pengedar produk-produk itu.

5. Kemudian, belajar trading produk-produk yang premium.

6. Pada tahun ke-10 belajar trading pada peringkat eksport-import.

Apa itu Tim Badar

Puan Ainon menulis:
Apa itu Tim Badar? 

Tim Badar adalah nama yang dipinjam dari nama pasukan Nabi Muhammad dalam Perang Badar. Anggota pasukan perang Badar dipanggil 'ahli Badar'.

Badar adalah nama tempat di mana peperangan itu berlaku.

Pasukan Badar lebih kecil tetapi dapat mengalahkan pasukan tentera musuh yang lebih besar.

Pasukan Badar terdiri daripada 2 kumpulan:

1. Kumpulan Muhajirin, ataupun boleh juga dipanggil dengan nama Tim Mekah.

2. Kumpulan Ansar, ataupun Tim Madinah. Mereka membantu Tim Mekah.

Konsep, prinsip, strategi dan teknik-teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad dalam penubuhan dan peperangan Badar sesuai digunakan dalam bisnes.

Kemahiran menjual

Puan Ainon menulis:
Sekali lagi saya tekankan di sini bahawa kemahiran menjual tidak serupa dengan kemahiran berbisnes. Banyak peniaga silap di sini. Mereka menyangka kedua-duanya adalah satu dan serupa. Ini tidak betul!

Bagi menjadi bisnesman yang berjaya, kita perlu menjual 2 'benda'

+ Menjual diri kita

+ Menjual bisnes kita

Kerja menjual produk kita adalah kerja salesman kita. Namun, sebagai orang bisnes, kita perlu mengambil salesman yang betul bakatnya.

Kemahiran menjual adalah kemahiran yang mempunyai banyak sub-sub-bidangnya. Tidak ada orang yang memiliki kemahiran menjual segala jenis produk.

Jurujual yang pandai menjual polisi insurans belum tentu pandai menjual kereta.

Jurujual yang pandai menjual kepada perempuan-perempuan yang tidak mempunyai banyak duit belum tentu pandai menjual kepada perempuan-perempuan profesional yang banyak duit.

Jurujual yang pandai menjual produk-produk murah macam keropok dan kerepek belum tentu pandai menjual barang mahal macam jam tangan dan barang kemas, meskipun targetnya adalah orang yang sama.

Jika salesman yang tuan ambil bekerja itu gagal menjual produk tuan sekarang, barangkali bakat salesman itu adalah menjual produk dalam kategori lain.

Introducer

Puan Ainon menulis:
Introducer... Introducer... Introducer...

Introducer adalah modal sosial yang sangat mahal nilainya. Nilai introducer lebih mahal daripada nilai modal wang ringgit.

Dalam dunia bisnes, peranan introducer adalah amat kritikal kepada peniaga dengan ciri di bawah:

1. Masih muda belia.
2. Baru hendak mula berniaga pertama kali.
3. Tidak memiliki duit modal.
4. Dia mahu menjadi trader.
5. Memerlukan produk orang lain bagi dijual.
6. Tidak kenal pembekal.
7. Tidak mempunyai barang sebagai cagaran.

Contoh introducer dalam sejarah: Bisnesman Abu Talib menjadi introducer Muhammad al-Amin kepada Pemodal Khadijah binti Khalid.

Coaching vs Consulting

Puan Ainon menulis:
Bilakah masanya kita memerlukan coaching?

Kita memerlukan coach apabila kita mahu belajar cara-cara melakukan sesuatu kerja. 

Sebagai contoh, kita tidak pandai menulis 'cerita informatif' untuk website bisnes kita. Coach akan mengajar kita sampai kita faham dan pandai menulis cerita-cerita informatif itu.

Bilakah masanya kita memerlukan consulting?

Kita memerlukan consultant apabila kita mempunyai masalah 'berat' yang hanya dapat diselesaikan oleh consultant yang pakar dan berpengalaman menyelesaikan masalah seperti yang kita alami itu.

Sebagai contoh, staff kita asyik berhenti kerja meninggalkan kita. 

Mendorong Staff

Puan Ainon menulis:
Apabila kita takut staff membuat kesilapan, kita akan membuat semua keputusan.

Akibatnya kita akan melakukan kesilapan yang lebih besar, iaitu kita micro-manage. 

Segala mak nenek kita mahu ambil tahu sebelum membuat sebarang keputusan. Semua kerja terhenti pada kita.

Turunkan kerja dan turunkan kuasa serentak.

Tentu sekali staf mungkin melakukan satu atau dua kesilapan. Biar pun dia silap, kita tetap tidak berganjak menyokong dia.

Trading

Puan Ainon menulis:
Trading, trading, trading.....

Bisnes pertama Nabi adalah bisnes servis dengan modal kemahiran yang beliau miliki. Ini beliau lakukan selama 4 tahun. Kemudian beliau belajar bisnes trading, atau jual-beli, produk-produk milik pihak ketiga.

Ini bermakna, kemahiran servis dan trading adalah kemahiran yang semua peniaga perlu perolehi terlebih dahulu sebelum menceburi sektor manufacturing dan contracting.

Banyak peniaga Melayu terus terjun ke dalam bisnes manufacturing atau pembuatan dengan tidak mempunyai pengalaman bidang pengedaran dan peruncitan.

Mature Market

Puan Ainon menulis:
Apakah itu 'matured market', atau pasaran matang?

Buku-buku strategi bisnes tradisional lazimnya menasihati peniaga supaya jangan masuk ke dalam pasaran matang. 

Sesuatu pasaran itu dikatakan sudah 'matang' apabila di dalam padang itu sudah ada 'Big Boy'. 

Budak Besar akan bunuh Budak Kecil, sebagaimana Colgate-Palmolive membunuh Zaitun Industri.

Jadinya, dalam padang kopi segera sudah ada Nescafe. Budak Kecil jangan berani-berani melintas di hadapan Budak Besar itu.....

Mood Bisnes

Puan Ainon menulis:
Semua jenis bisnes mempunyai musim turun-naiknya. Orang bisnes mempunyai jadual kerja yang mematuhi musim-musim itu.

Pada saat ini peniaga yang mengeluarkan produk sudah mula bekerja bagi menyambut musim bulan puasa dan hari raya.

PTS sudah mula mencetak buku-buku agama yang akan dihantar ke kedai-kedai buku di seluruh negara sebulan lebih awal sebelum anak bulan Ramadhan kelihatan.

Mereka yang mengeluarkan pakaian seperti baju Melayu, songkok, samping, baju kurung, tudung dll semua sedang sibuk sekarang.

Mereka yang mengeluarkan kuih-muih dan biskut juga sudah mula sibuk membuat tempahan segala rupa bentuk botol dan kotak dari kilang dan agen pembekal.

Kontraktor renovasi rumah sudah mula menyebarkan pamflet mereka dari gate-ke-gate di taman-taman perumahan.

Bisnes Training

Puan Ainon menulis:
Banyak dalam grup ini yang mahu menceburkan diri ke dalam bisnes training.

Bisnes training adalah bisnes perkhidmatan. 

Semakin maju sesuatu masyarakat, semakin bisnes ini berkembang.

Buku ini adalah bacaan wajib. Ia menerangkan perkara-perkara asas yang trainer wajib tahu.

Sebagai contoh, ada 4 gaya training. Gaya manakah yang sesuai dengan personaliti tuan?

Gaya presenting
Gaya Guiding
Gaya Coaching
Gaya Facilitating

Merebut Peluang?

Puan Ainon Menulis:
Kita sering kali mendengar orang bercakap tentang pentingnya peniaga Melayu 'merebut peluang' yang ada.

Banyak yang menerima kata-kata itu bulat-bulat lalu peniaga Melayu pun berebut-rebut peluang yang sama. Ada yang sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak bijaksana demi merebut peluang.

Kemahiran yang penting dalam bisnes adalah kemahiran 'mencipta peluang'.

Ada peniaga yang dapat mencipta lepas satu peluang, satu peluang lagi, macam tak putus-putus.

Apabila kita mencipta peluang, tidak timbul isu orang akan merebut peluang itu dari tangan kita. Kita juga dapat menguruskan peluang itu dengan lebih teratur.

Kemahiran mencipta peluang adalah kemahiran berfikir secara proaktif dan kreatif.

Strategi Bisnes


Bagaimana kalau seorang usahawan itu masih tidak tahu hala tujuan? Tidak sempat membaca begitu banyak buku strategi tentang bisnes? Jika sempat membaca, tidak sempat memahami dan bereksperimen?


Usahawan boleh mendapatkan khidmat strategist yang menguasai ilmu strategi. Strategist bertindak sebagai mapmaker yang membaca landskap sekeliling dan mencadangkan laluan yang bersesuaian.


Lebih baik lagi, ada strategist yang membaca dan menghadam buku-buku manifesto yang abstrak. Pemahaman terhadap buku-buku sebegini memberi keupayaan kepada strategist untuk membaca bahawa landskap sekeliling akan berubah. Ada bukit yang akan runtuh, ada sungai akan beralih arah dan ada tasik yang akan kering.


Masyarakat Asia mempunyai sejarah yang panjang dalam penggunaan khidmat strategist. Zhuge Liang direkrut oleh Liu Bei pada umur 26 tahun. Walaupun Liu Bei memunyai kekurangan sumber material dan status sosial berbanding pencabar lain, beliau akhirnya menjadi Maharaja Empayar Shu Han.



Antara jalan utama menguasai strategi bisnes adalah melalui pembacaan yang luas. Terdapat banyak strategi yang digunakan dalam dunia bisnes. Mazhabnya pula berbeza-beza. Ada yang mengatakan bisnes adalah bakat, ada pula yang mengatakan skil bisnes boleh diajar.

Strategi juga terbahagi kepada banyak bahagian:
1.             Inovasi
2.             Marketing
3.             Pengurusan
4.             dan lain-lain...



Membaca buku-buku bisnes sebenarnya tidak sekadar 1+1=2. Semakin banyak membaca, buku-buku itu saling mengukuhkan pemahaman dan memberi perspektif baru. Oleh itu, pakar strategi tidak akan mudah sangkut apabila berhadapan dengan cabaran.

Membaca buku sahaja tidak cukup kerana selalunya buku lebih banyak mengandungi kes-kes lama dan teori berbanding praktikal. Majalah seperti Inc memberi tambahan kajian kes pengalaman para usahawan dalam pelbagai bidang.


Lebih penting lagi adalah bereksperimen dengan strategi-strategi yang dipelajari. Pengalaman praktikal tidak kira besar atau kecil akan memberi pemahaman berkali-kali ganda berbanding sekadar membaca. Namun sekadar berekseperimen tanpa membaca dahulu apa yang dieksperimen juga tiada gunanya!

Tips adalah adalah trik atau 'hint' dalam melaksanakan sesuatu taktik. Jika strategi adalah pandangan keseluruhan dan taktik sebagai laluan spesifik, tips pula ada jalan pintas atau shortcut atau rahsia bagi laluan tertentu.

Sebagai contoh, strateginya adalah Permission Marketing dan taktiknya adalah menggunakan borang Google Docs. Tipsnya adalah mengaktifkan data validation bagi memastikan emel yang dimasukkan adalah sah. Jika emel tidak sah, pengguna tidak dapat submit borang tersebut.

Tips ini tidak terapakai bagi taktik lain seperti menggunakan Aweber kerana fungsi ini memang sudah sedia diaktifkan. Strategi lain yang tidak mengumpulkan data prospek juga tentu sekali tidak relevan dengan tips ini.

Ramai yang obses mencari 'rahsia-rahsia' ini tanpa memikirkan taktik apa pun yang hendak digunakan. Mereka percaya inilah yang diperlukan untuk mencapai kejayaan sedangkan sekadar mengumpul tips tidak memberi arah yang jelas dalam bisnes.

Ramai yang mengaku pakar sebenarnya hanya menabur tips kepada audien dari atas pentas. Mereka ini ibarat memberi nasihat sekiranya terjumpa ular di tengah jalan harus ditangkap supaya dapat dijual di akhir perjalanan. Nasihat diberi tanpa mengira bahawa bukan semua ular berharga untuk dijual. Lebih bahaya lagi, banyak ular yang tidak patut diganggu langsung kerana sekali patuk pantas mengundang maut!




Strategi adalah ilmu mencerap keadaan sekeliling dan membuat rancangan. Pakar strategi dapat menganalisa keadaan semasa dan memilih jalan yang paling sesuai. Mereka yang menggunakan strategi dapat mengenalpasti peluang dan halangan serta beberapa pilihan pendekatan.


Taktik pula langkah atau teknologi spesifik dalam melaksankan sesuatu rancangan strategik. Mereka yang mengikut taktik semata-mata terpaksa meniru langkah demi langkah setiap simpang. Jika tidak mereka akan mati akal dan sesat. Mereka yang bermain dengan strategi pula dapat memilih simpang lain mengikut keadaan.

Sebagai contoh, katakan seorang usahawan memilih untuk menggunakan strategi Permission Marketing. Objektif strategi ini adalah untuk mengumpul data prospek supaya dapat terus berhubung dan akhirnya menjual. Terdapat banyak taktik yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi ini antaranya menggunakan blog, Google Docs dan Aweber. Usahawan yang mensasarkan kurang daripada 500 orang tahu dia cukup dengan Google Docs dan tidak memerlukan Aweber.

Usahawan yang hanya tahu taktik menggunakan Aweber pula akan terus menggunakan aplikasi tersebut walaupun sebenarnya tidak sesuai dengan keperluannya. Apabila mereka tidak berjaya mengumpul pelanggan, mereka menyalahkan aplikasi walaupun sebenarnya strategi mereka salah. Usahawan tersebut mungkin tidak menyediakan umpan yang cukup bagus untuk menarik pelanggan.



Strategi memberi keupayaan untuk mencerap keadaan sekeliling dan memilih kaedah apa yang paling baik. Sebagai contoh, seseorang itu boleh ke gunung satu lagi melalui jalan darat, air atau udara.  Setelah memilih kaedah pengangkutan, laluan sebenar pula boleh ditentukan sendiri. Mereka yang menguasai strategi boleh melakar peta sendiri.

Mereka yang bergantung kepada taktik pula sebenarnya bergantung kepada peta orang lain. Peta tersebut telah menunjukkan dengan jelas jalan mana yang pernah digunakan. Namun, lama-kelamaan peta mungkin sudah lapuk atau keadaan jalan sudah berubah. Mereka yang bergantung kepada peta orang lain akan buntu sekiranya peta tidak lagi boleh digunakan.

Lebih buruk lagi, mereka tidak faham mengapa jalan itu yang dipilih menyebabkan mereka tidak dapat memilih jalan yang sesuai dengan keupayaan diri. Mengapa perlu memilih jalan darat sekiranya seseorang itu sebenarnya pandai berenang dan mempunyai bot laju?

Mereka yang menguasai strategi bukan sahaja menguasai pelbagai kaedah malah dapat memikirkan kaedah baru. Sebagai contoh sekiranya hanya satu ayat yang perlu dihantar tidak perlulah bersusah-payah mendaki gunung menghantar surat; cukuplah dengan isyarat asap untuk menyampaikan mesej. Namun mereka yang hanya mengikut peta tetap akan meredah jalan paling sukar!

Nama Bisnes

Apabila memilih nama-nama syarikat, nama kedai, nama produk, dan yang sewaktu dengannya, pilih nama-nama yang terang-benderang kaitannya dengan aktiviti utama bisnes kita.

Orang baca nama syarikat kita, dia terus tahu apa bisnes syarikat kita.

Persaingan

Apabila kita membuka gerai ataupun kedai makan yang sederet dengan kedai-kedai lain, jangan gunakan sikap bersaing dengan kedai-kedai jiran.

Gunakan sikap bekerjasama dan saling tolong-menolong dengan jiran-jiran.

Promot bisnes orang lain yang sama-sama berkedai dengan kita. Sambil kita menjual menu kita sendiri, promot juga menu di kedai jiran.

Apabila kita mempromot bisnes jiran-jiran kita, mereka akan membalas budi kita dengan mempromot bisnes kita pula.

Jangan bergaduh dengan jiran sebelah-menyebelah. Jangan memburuk-burukkan bisnes jiran kita.

Katakan kepada pelanggan kita, "Kalau tuan mahu minum air kendondong asam boi yang sedap, saya boleh tolong orderkan dari restoran sebelah ini. Memang sedap!"

Pelanggan kita suka, towkay kedai jiran kita pun suka!




Tiada konsep 'persaingan' dalam mazhab ABS. Sebaliknya, mazhab ABS mengamalkan konsep 'berlumba-lumba'.

Bersaing adalah 'menang dengan cara mengalahkan orang lain'.

Berlumba-lumba adalah 'menang dengan cara semua orang menang'.

Mazhab berlumba-lumba membolehkan bisnes berkembang lebih pantas daripada kadar 'normal'.

Nota kaki:

Saat ini industri buku cetak dalam Bahasa Melayu sedang mula mengalami persaingan keras daripada sumber bacaan percuma dalam internet dan ebook.

Sebagai respon kepada kemerosotan jualan buku bercetak, PTS membuat pelaburan-pelaburan baru dalam sektor supermarket ebook dan audiobok, training korporat, konsulting dan events.

PTS akan kekal berpegang kepada dasar berlumba-lumba. Bukan bersaing.