Tuesday, February 19, 2013

Menentukan Target Dalam Bisnes

Puan Ainon Mohd menulis:

Salah satu kerja yang kita mesti buat adalah menuliskan (ya, TULIS) apa target bisnes kita.

Ada 3 jenis target yang perlu dibuat:

1. Target jangka masa pendek = Apa yang bisnes kita mahu capai dalam tempoh 1 minggu

2. Target jangka masa sederhana = Apa yang bisnes kita mahu capai dalam tempoh 6 bulan

3. Target jangka masa sederhana = Apa yang bisnes kita mahu capai dalam tempoh 12 bulan

Target itu hendaklah dalam bentuk angka-angka = Contoh: Menjual 10 biji kek hari jadi.

Tuliskan target supaya semua staff tahu target itu.

Ciri-ciri target yang baik:

1. Ada jumlah yang dapat diukur dan dikira
2. Target itu mesti spesifik
3. Ada tempoh waktu yang ditetapkan
4. Tidak terlalu tinggi sampai sukar dicapai oleh staff
5. Tidak terlalu rendah sampai tidak ada cabaran

Ajak staff berbincang berapa target produktiviti yang mereka mahu capai. 

Jangan kita yang sedap-sedap buat target dan serahkan target kepada mereka.


No comments:

Post a Comment