Tuesday, February 19, 2013

Apa ada dalam Blog ini?

Saya sudah merancang lama mahu menulis sebuah blog berkaitan bisnes. Namun sebelum ini saya masih merasa rendah diri dengan bisnes yang saya ada dan ilmu tentang bisnes. Saya rasa saya belum layak untuk menulis tentang bisnes.

Setelah membaca petua-petua bisnes dari rakan-rakan Facebook terutama dalam FB Ainon Busines School, motivasi saya tentang bisnes saya meningkat. Saya bersyukur walaupun bisnes saya ini masih kecil tetapi saya dapat belajar semua perkara dalam bisnes. Bisnes kecil saya ini menjalankan semua operasi di dalam bisnes sebenar dimana terdapat 5 perkara:
1. Rancangan Perniagaan
2. Rancangan Pemasaran
3. Rancangan Operasi
4. Rancangan Kewangan
5. Rancangan Pentadbiran.

Di dalam blog ini suka saya untuk kongsikan catatan-catatan pengalaman mereka yang telah dan pernah membuat bisnes samaada gagal atau berjaya. Antara perkara yang saya akan kongsikan juga tentang petua-petua dan panduan bisnes ABS, strategi bisnes, motivasi bisnes, mitos bisnes dalam banyak lagi.

No comments:

Post a Comment