Apabila mahu membesarkan pasaran, pakar-pakar positioning menasihati supaya
kita jangan keluar dari limit positioning brand asal.
Katakanlah, pada masa ini kita hanya menyediakan perkhidmatan membuat gubahan
hantaran berkualiti premium. Nama kita sudah terkenal di kalangan pelanggan
premium.
Teruskan positioning kita di situ. Jangan cuba meluaskan pasaran dengan
memasuki pasaran gubahan taraf komoditi.
Ambil sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, Ramly Burger (RB) pernah membuka
restoran segera ala-ala restoran McD. Pelaburan itu gagal.
Positioning RB adalah 'burger murah gerai sorong'. Inilah limit brand RB.
RB tidak pernah dipersepsi sebagai burger restoran segera. Dalam erti kata yang
lain, Ramly Burger tidak pernah mem-position-kan burgernya sebagai burger yang
dijual di dalam restoran ala-Amerika.
Apabila restoran Ramly Burger dibuka, mereka yang biasa membeli Ramly Burger di
gerai-gerai sorong tidak masuk ke restoran itu. Mereka tidak mahu membayar
burger yang dijual di dalam restoran itu dengan harga yang lebih mahal.
Mereka yang biasa makan burger di dalam restoran McD pun tidak masuk. Kalau
mereka mahu makan burger di dalam restoran segera selain McD, mereka mahukan
servis dan persekitaran yang serupa dengan apa yang ditawarkan oleh McD.
No comments:
Post a Comment