Puan Ainon menulis:
Dari ABS
Tentang post-mortem dan entusiasme di tempat kerja....
Salah satu ciri orang-orang Nabi adalah mereka itu mempunyai enthusiasm yang amat tinggi.
Apabila mereka mendengar Nabi memberitahu sesuatu, terus mereka melakukan perkara itu, tidak payah disuruh-suruh!
.
Entusiasme staff adalah modal bisnes kita. Ia modal yang lebih mahal daripada harga mesin-mesin yang kita beli.
Kita sebagai majikan, dapat menjadikan staff kita macam orang-orang Nabi. Penuh entusiasme.
Entusiasme staff perlu diurus. Namun ia modal yang sukar diurus, tidak macam mengurus mesin.
Tidak seperti entusiasme staff, mesin-mesin dalam kilang kita tidak mungkin rosak berhari-hari disebabkan sepatah perkataan yang terkeluar dari mulut kita.
.
Perkara-perkara yang membunuh entusiasme seseorang staff:
1. Nasihat yang tidak diminta
2. Teguran
3. Peringatan
4. Kritikan
5. Siasatan
6. Ungkitan
7. Ramalan negatif
8. Hukuman
.
Perkara-perkara yang mencipta entusiasme di kalangan staff:
1. Pujian ke atas sikap yang baik
2. Pujian ke atas daya usaha
3. Pujian ke atas hasil kerja
4. Pujian ke atas prestasi
5. Pujian serta-merta
6. Pujian yang diucapkan di hadapan orang
7. Pujian ke atas pencapaian kecil
8. Pujian di belakang
9. Sangka baik
.
Salah satu budaya pengurusan Barat yang kita pinjam dan jadikan amalan pengurusan adalah 'sesi post-mortem'.
Jika dikenang kembali.... Bilakah masanya, selepas tamat sesi post-mortem kita tengok staff kita menjadi entusiatik, penuh semangat, berkobar-kobar, tidak sabar-sabar hendak buat lebih banyak kerja?
No comments:
Post a Comment