Saturday, March 16, 2013

Bisnes Model

Puan Ainon menulis:
Apabila kita hendak membuka bisnes baru, apakah kriteria yang paling bagus?

Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang bisnes adalah menyangka 2 bisnes yang berlainan sebenarnya mempunyai kaitan yang logikal.

Sebagai contoh:

1. Pemilik tadika membuat pelaburan baru di mana dia membeli bas mini.

Memang logiklah, bas itu dapat digunakan bagi mengangkut anak-anak tadikanya datang dan balik sekolah. Dia boleh dapat duit dari khidmat pengangkutan itu.

2. Kilang percetakan menubuhkan syarikat baru dalam bidang penerbitan buku.

Memang logiklah dia boleh cetak sendiri buku-buku yang diterbitannya dengan harga yang murah, oleh itu buku-bukunya dapat dijual dengan harga yang lebih rendah.

3. Penerbit novel cinta menubuhkan syarikat produksi drama televisyen.

Memang logiklah apabila novel-novel cintanya dijadikan drama televisyen dia dapat lebih banyak keuntungan. Dramanya buat duit, novelnya pun akan laku lebih keras.

Idea yang logik belum tentu baik dipraktikkan dalam strategi pengembangan bisnes.

* Bisnes tadika dan bisnes pengangkutan adalah 2 sektor bisnes yang tiada kaitan sama sekali!

* Bisnes percetakan dan bisnes penerbitan buku pun tiada kaitan sama sekali.

* Bisnes penerbitan novel cinta dan bisnes produksi drama TV juga tiada kaitan sama sekali.

Tiap-tiap bisnes itu mempunyai kanvas model yang amat berlainan.

TIP: Jangan membuka bisnes baru di mana bisnes itu termasuk dalam sektor lain daripada sektor bisnes kita sekarang.

No comments:

Post a Comment