Saturday, March 16, 2013

Persaingan

Apabila kita membuka gerai ataupun kedai makan yang sederet dengan kedai-kedai lain, jangan gunakan sikap bersaing dengan kedai-kedai jiran.

Gunakan sikap bekerjasama dan saling tolong-menolong dengan jiran-jiran.

Promot bisnes orang lain yang sama-sama berkedai dengan kita. Sambil kita menjual menu kita sendiri, promot juga menu di kedai jiran.

Apabila kita mempromot bisnes jiran-jiran kita, mereka akan membalas budi kita dengan mempromot bisnes kita pula.

Jangan bergaduh dengan jiran sebelah-menyebelah. Jangan memburuk-burukkan bisnes jiran kita.

Katakan kepada pelanggan kita, "Kalau tuan mahu minum air kendondong asam boi yang sedap, saya boleh tolong orderkan dari restoran sebelah ini. Memang sedap!"

Pelanggan kita suka, towkay kedai jiran kita pun suka!




Tiada konsep 'persaingan' dalam mazhab ABS. Sebaliknya, mazhab ABS mengamalkan konsep 'berlumba-lumba'.

Bersaing adalah 'menang dengan cara mengalahkan orang lain'.

Berlumba-lumba adalah 'menang dengan cara semua orang menang'.

Mazhab berlumba-lumba membolehkan bisnes berkembang lebih pantas daripada kadar 'normal'.

Nota kaki:

Saat ini industri buku cetak dalam Bahasa Melayu sedang mula mengalami persaingan keras daripada sumber bacaan percuma dalam internet dan ebook.

Sebagai respon kepada kemerosotan jualan buku bercetak, PTS membuat pelaburan-pelaburan baru dalam sektor supermarket ebook dan audiobok, training korporat, konsulting dan events.

PTS akan kekal berpegang kepada dasar berlumba-lumba. Bukan bersaing.

No comments:

Post a Comment