Saturday, March 16, 2013

Kemahiran menjual

Puan Ainon menulis:
Sekali lagi saya tekankan di sini bahawa kemahiran menjual tidak serupa dengan kemahiran berbisnes. Banyak peniaga silap di sini. Mereka menyangka kedua-duanya adalah satu dan serupa. Ini tidak betul!

Bagi menjadi bisnesman yang berjaya, kita perlu menjual 2 'benda'

+ Menjual diri kita

+ Menjual bisnes kita

Kerja menjual produk kita adalah kerja salesman kita. Namun, sebagai orang bisnes, kita perlu mengambil salesman yang betul bakatnya.

Kemahiran menjual adalah kemahiran yang mempunyai banyak sub-sub-bidangnya. Tidak ada orang yang memiliki kemahiran menjual segala jenis produk.

Jurujual yang pandai menjual polisi insurans belum tentu pandai menjual kereta.

Jurujual yang pandai menjual kepada perempuan-perempuan yang tidak mempunyai banyak duit belum tentu pandai menjual kepada perempuan-perempuan profesional yang banyak duit.

Jurujual yang pandai menjual produk-produk murah macam keropok dan kerepek belum tentu pandai menjual barang mahal macam jam tangan dan barang kemas, meskipun targetnya adalah orang yang sama.

Jika salesman yang tuan ambil bekerja itu gagal menjual produk tuan sekarang, barangkali bakat salesman itu adalah menjual produk dalam kategori lain.

No comments:

Post a Comment