Friday, July 11, 2014

Fenomena one-time-hit.

Puan Ainon menulis
Fenomena one-time-hit.
Dalam industri muzik, fenomena one-time-hit banyak berlaku. Sebagai contoh, ada penyanyi di mana pertama kali dia merakamkan suaranya, ada sebuah lagunya yang meletup-letup, menjadikan dia sangat popular.
Tetapi itulah satu-satu lagunya yang meletup. Selepas lagu itu, apabila dia merakamkan lagi suaranya, tiada lagunya yang meletup. Kemudian namanya pun hilang.
Dalam dunia penerbitan buku pun ada fenomena one-time-hit.
.
Dalam dunia bisnes pun ada berlaku fenomena one-time-hit.
Sebagai contoh, dalam dunia bisnes fesyen dan apparel.
Memamg berlaku fenomena di mana seorang pengeluar pakaian yang mengeluarkan desain pertamanya yang meletup-letup, sehingga dia berjaya menjual ribuan unit.
Tetapi selepas desainnya itu tidak trendi lagi, dia gagal mengeluarkan desain baru yang meletup-letup. Semua desainnya selepas itu laku suam-suam kuku sahaja.
.
Ada perangkap besar dalam kes fenomena one-time-hit.
Fenomena ini berlaku pada peringkat pertama kita masuk pasaran. Waktu itu kita tidak mempunyai banyak pengalaman lagi. Kita masih mentah dalam bisnes.
Kita mudah terjebak ke dalam andaian-andaian yang salah tentang kerenah pasaran.
Kita andaikan pasaran akan mahu lebih banyak dari kita. Kita nampak lebih banyak duit akan masuk!
Andaian-andaian itu mendorong kita yakin kejayaan pertama itu akan berulang lagi, dan lagi. Lebih banyak duit akan masuk.
Semasa one-time-hit itu berlaku, kita juga belum pandai mengawal nafsu akibat tiba-tiba mendapat durian runtuh!
Dengan keyakinan lebih banyak duit akan masuk, dengan nafsu yang inginkan kemewahan, dengan duit tunai yang banyak, kita mengubah gaya hidup kita....

1 comment:

  1. betul..kena beringat sebelum lupa...hehe

    salam singgah sis...;)

    ReplyDelete