Thursday, February 21, 2013

Tazkirah Tim Badar



















TAZKIRAH TIM BADAR
Penyampai: Tuan Hir Effendy

Tim-tim yang telah ditubuhkan Nabi
1. Ahlul Bait
2. Tim Badar
3. Tim Ansar
4. Tim Arqam
5. Tim Muhajirin

Ciri-ciri Tim Badar
1. Tujuan mengambil harta mereka kembali
2. Perang yang menentukan survival
3. Misi yang mustahil
4. Serba kekurangan
5. Tim yang kekal sehingga mati
6. Setiap ahli mempunyai keistimewaan
7. Mesti melalui ujian. Antara ujiannya adalah pengorbanan yang mesti dilakukan
8. Tiada ahli baru dan tiada ahli yang terkeluar
9. Pelapis sudah dilantik di dalam pelan kejayaan
10.Terdapat fungsi-fungsi tugasan yang tersusun
      a) Pasukan berkuda
      b) Pasukan Pemanah
      c) Pasukan berjalan kaki
11.Pembantu dari luar
     a) Mempunyai falsafah yang sama
     b) Malaikat
     c) Bukan dari kalangan manusia
12. Minimum 5 orang
13. Lelaki sahaja ( Dalam konteks zaman Nabi)


Nabi Muhammad membahagikan tentera Islam ke dalam 3 kategori:

1. Tentera pasukan berkuda menerima porsi paling tinggi iaitu 40%
2. Tentera pasukan pemanah menerima porsi kedua tinggi 35 %
3. Tentera pasukan berjalan kaki dan pasukan logistik menerima porsi ketiga tinggi iaitu 25%


Organisani Tim Badar merupakan organisai Matrix

1. Pasukan Berkuda
a)  Tim yang hampir dengan pelanggan dan wang
b) Tim yang terlibat seccara langsung menjalankan kerja-kerja jualan seperti Pengurus dan salesman. 

2. Pasukan pemanah
a) Tim yang menjalankan kerja-kerja seperti Jabatan Marketing

3. Pasukan berjalan kaki
a) Tim yang menjalankan kerja-kerja sokongan seperti Jabatan kewangan, jabatan sumber manusia dan pengkeranian

Contoh di dalam syarikat operasi Hospital
1.       Pasukan Berkuda
a)      Doktor
b)      jabantan marketing

2.       Pasukan pemanah
a)      Jururawat
b)      Maintenance

3.       Pasukan berjalan kaki
a)      Human Resources
b)      Admin
c)       Finance
d)      Account


Apakah kekuatan Tim Badar
1.       Kesanggupan untuk berkerja dengan ganjaran yang sedikit
2.       Mempunyai falsafah yang sama
3.       Mempunyai matlamat yang sama

Hadis yang menjadi rujukan untuk menilai kelayakan dan kepimpinan:
Anas bin Malik melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata. Orang yang paling penyayang kepada umatku adalah Abu Bakar. Orang yang paling tegas dalam urusan Allah adalah Umar. Orang yang paling jujur sifat malunya adalah Uthman. Orang yang paling tahu berkenaan Halal dan Haram adalah Muadz bin Jabal. Orang yang paling tahu berkenaan Ilmu Faraid adalah Zaid bin Thabit. Orang yang paling tahu bacaan Al quran adalah Ubay bin Kaab. Dan setiap umat ada seorang yang amanah. Orang yang Amanah bagi umat ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah.

( Sahih Al Tirmizi dan Sahih Imam Ahmad)

Analisa Hadis
Nama
Sifat
kepakaran
Abu Bakar
Penyayang

Umar
Tegas

Uthman
Malu/Jujur

Muadz

Mahir dalam hal halal-haram
Zaid Bin Thabits

Ilmu faraid
Ubay

Ilmu-ilmu al quran
Ubaidah
Amanah


Ciri-ciri Tim yang seimbang mesti mempunyai 4 Sifat dan 3 kepakaran

Sifat
1.       Penyayang
2.       Tegas
3.       Malu/Jujur
4.       Amanah


Kepakaran
1.       Ilmu undang-undang
2.       Ilmu kewangan
3.       Ilmu al quran/ilmu di dalam bidang yang diceburi

Hadis yang menjadi rujukan untuk memilih:




Cara memilih kepimpinan
1.       40% berdasarkan kelayakan
2.       30% berdasarkan kasih/suka
3.       30% beradasrkan baik/soleh


Tazkirah Tim Badar ditamatkan dengan Jamuan Makan Nasi Ayam Kampung di A Hassan Snd Bhd. Sungguh Enak. Kemudian diadakan beberapa perbincangan tidak rasmi berkelompok.

Tuesday, February 19, 2013

Sistem Pembahagian Ganjaran Mazhab ABS



Puan Ainon Mohd menulis:


Banyak peniaga membuka bisnes dengan bekerjasama dengan rakan-niaga lain. Sebagai contoh 3 orang anak muda membuka majalan bisnes online. 

Mereka berjaya mendapat pendapatan dari pengiklan.

Majalah berjalan elok. Semua rekod disimpan dengan telus. Pendapatan pun dibahagi-bahagikan sebagaimana yang dulu sama-sama dijanjikan.

Namun salah seorang tetap menarik diri. Dia pula yang menjadi tulang belakang majalah online itu. Semenjak itu trafik jatuh, semakin hari semakin jatuh.

Semua 3 orang anak muda itu orang baik-baik belaka. Tidak ada berlaku kes penipuan ataupun khianat sesama mereka

Salah teori yang penting digunakan apabila men-design sistem ganjaran adalah teori ekuiti.

Teori ini mengatakan, kita akan terus komited dalam sesuatu hubungan kerjasama selagi kita berasa puas hati dengan ekuiti yang kita peroleh dari kerjasama itu.

Kerjasama dalam bisnes boleh retak dan pecah apabila ada satu pihak yang berasa dia memberi lebih banyak daripada rakan-rakan lain, tetapi mereka yang menerima lebih banyak dari hasil pulangannya.

ABS akan mengajarkan sistem ganjaran berdasarkan model pembahagian keuntungan cara Nabi Muhammad.


Apa itu Mazhab ABS


Puan Ainon Mohd menulis:

ABS akan menganjurkan kursus melatih tuan dan puan yang mahu hidup sebagai trainer profesional dan sepenuh masa.

1. Tuan akan dilatih cara kerja men-deliver sesi training.

2. Tuan akan di-train dan di-coach bagaimana men-desain modul.

3. Tuan akan dilatih bercakap menggunakan Budaya Melayu Tinggi dan Bahasa Melayu Tinggi.

4. Tuan akan dilatih bercakap menggunakan fonetik Bahasa Melayu Supra.




Produk yang kita tawarkan mungkin termasuk dalam salah satu kategori ini:

1. Produk komoditi
2. Produk premium

Jika kita membuka kedai kek dan roti, maka kita memasuki sektor komoditi.

Jika kita membuka servis membuat video kahwin, kita juga memasuki sektor komoditi.

Untuk survive dalam pasaran komoditi, kita terpaksa main harga murah.

ABS menggalakkan iluminatinya memasuki sektor premium.


Positioning..positioning


Puan Ainon Mohd menulis:

Dalam peperangan, memiliki senjata yang terbaik tidak menjamin kemenangan.

Kemenangan bersahabat dengan kepantasan.

Senjata siapakah yang lebih dahulu tiba di medan tempur, itulah senjata yang menghasilkan kemenangan.

Demikian juga halnya dengan perang bisnes!

Brand siapa yang sampai dahulu ke dalam minda pembeli?

Setiap hari saya menulis posting dalam secret group ini. Apakah ini kerja main-main dan suka-suka?

Apakah yang sedang saya lakukan kepada minda pembaca posting-posting saya?

Positioning... Positioning... Positioning....

Iluminati ABS akan diajar teori positioning sampai betul-betul tahu bagaimana melakukan positioning untuk bisnes dan produk mereka. 




Perihal Modal

Puan Ainon Mohd menulis:


Modal dapat dibahagiakan kepada beberapa kategori:

1. Modal tanah
2. Modal wang
3. Modal peralatan kerja
4. Modal bangunan
5. Modal harta intelek
6. Modal reputasi - nama baik
7. Modal kepakaran



Modal duit tidak sama dengan modal tanah.

Katakan saya ada sebidang tanah sawah. Saya izinkan pesawah bertanam padi di atas tanah saya.

Saya tidak ada risiko tanah itu hilang.

Tidak begitu halnya dengan modal duit. Ada risiko modal duit saya itu hangus.

Jadi, apabila berkongsi perolehan, porsinya tidak patut sama.



Dalam kes modal harta intelek....

Katakanlah saya menyediakan modul training. Lalu modul itu dipasarkan oleh syarikat ABC.

Modul saya itu tidak ada risiko hilang dari tangan saya. Ia akan tetap kekal menjadi harta milik saya.

Modul itu juga boleh disampaikan oleh banyak pihak serentak. Jadi saya boleh dapat banyak duit daripada banyak pihak.

Risiko saya adalah kos melepas sahaja - opportunity cost.

Tidak begitu halnya dengan duit ataupun tanah. Kalau tanah itu sudah saya berikan kepada 1 orang petani, saya sudah tidak dapat menyerahkan tanah itu kepada petani lain.


Formula cara bagaimana Nabi membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesuai digunakan apabila pihak pemilik syarikat mahu berkongsi hasil perolehan bisnes dengan semua staff.

Formula itu tidak sesuai untuk perkongsian lain, sebagai contoh jika pemilik saham mahu berkongsi dividen sesama mereka sahaja. Untuk tujuan ini kita menggunakan formula lain, yang juga digali dari sumber sunnah.

Edge-craft: Berfikir cara mengufuk


Puan Ainon Mohd menulis:

Yang dikatakan 'positioning' itu adalah berkaitan dengan 'substance'.

Aktiviti 'positioning' itu bukan 'trick pemasaran'.

Apabila kita mahu mem-position-kan produk kita sebagai produk premium, maka produk kita itu wajib mempunyai substance yang premium.

Sebagai contoh, saya mempositionkan kursus ABS sebagai kursus premium dengan yuran keanggotaan iluminati yang premium, yakni sama dengan yuran program MBA.

Justeru saya perlu menyampaikan kursus yang substance-nya betul-betul bernilai premium.
Foto ikon FB yang kita tampalkan adalah salah satu simbol 'positioning' dan 'branding' tentang siapa diri kita sebagai bisnesman.

Orang bukan hanya mahu tahu kita menjual apa.

Lebih penting daripada itu, orang mahu tahu apakah kita ini seorang bisnesman yang dapat mereka hormati dan percayai.

Apa yang kita jual dapat dibeli dari orang-orang lain.

Namun diri kita hanya satu. Sama ada mereka mahu mempercayai diri kita ataupun tidak. Sama ada mereka mahu berbisnes dengan kita ataupun tidak.


Produk
Sudah menjadi fitrah, manusia jatuh cinta kepada idea ciptaannya sendiri. Dan lazimnya cinta mereka itu buta!

Apabila kita mencipta idea baru, otak kita tidak dapat berfikir secara objektif lagi tentang idea kita itu.

Kita cuba menjual idea itu di mana-mana sahaja, kepada sesiapa sahaja. Kita menjadi tersangat yakin orang lain pun akan jatuh cinta kepada idea kita.

Banyak saintis tempatan mempunyai idea produk baru yang sangat bagus. Mereka jatuh cinta kepada produk mereka. Mereka yakin produk mereka akan laku dalam pasaran kerana produk mereka itu sangat banyak manfaatnya.

Mereka sanggup berhutang kepada bank berpuluh ribu, malah beratus ribu, bagi mengeluarkan produk baru mereka itu.

Itulah pertama kali mereka membuka bisnes.

NOTA: Mazhab ABS menggalakkan bisnes pertama dalam sektor perkhidmatan.
Banyak peniaga membuka bisnes dengan bekerjasama dengan rakan-niaga lain. Sebagai contoh 3 orang anak muda membuka majalan bisnes online.

Mereka berjaya mendapat pendapatan dari pengiklan.

Majalah berjalan elok. Semua rekod disimpan dengan telus. Pendapatan pun dibahagi-bahagikan sebagaimana yang dulu sama-sama dijanjikan.

Namun salah seorang tetap menarik diri. Dia pula yang menjadi tulang belakang majalah online itu. Semenjak itu trafik jatuh, semakin hari semakin jatuh.

Semua 3 orang anak muda itu orang baik-baik belaka. Tidak ada berlaku kes penipuan ataupun khianat sesama mereka

Salah teori yang penting digunakan apabila men-design sistem ganjaran adalah teori ekuiti.

Teori ini mengatakan, kita akan terus komited dalam sesuatu hubungan kerjasama selagi kita berasa puas hati dengan ekuiti yang kita peroleh dari kerjasama itu.

Kerjasama dalam bisnes boleh retak dan pecah apabila ada satu pihak yang berasa dia memberi lebih banyak daripada rakan-rakan lain, tetapi mereka yang menerima lebih banyak dari hasil pulangannya.

ABS akan mengajarkan sistem ganjaran berdasarkan model pembahagian keuntungan cara Nabi Muhammad.





Lazimnya kita sangka, jika kita berniaga secara jujur dan ikhlas, mematuhi janji, tidak menipu rakan-niaga sendiri, maka bisnes kita akan selamat daripada pecah-belah.

Ini sangkaan yang simplistik.

Rakan-niaga kita meninggalkan kita disebabkan banyak faktor. Faktor yang paling penting adalah perasaan tidak puas hati.

Teori ekuiti menerangkan bagaimana perasaan tidak puas hati boleh timbul meskipun orang itu kita beri layanan yang sangat baik (pada pendapat kitalah...)






Sistem ganjaran adalah faktor yang paling kritikal peranannya dalam menghasilkan perasaan puas hati ataupun tidak puas hati.

Pada prinsipnya, dalam Islam: "Kamu dapat apa yang kamu usahakan"

Prinsip itu bunyinya mudah sekali. Namun operasi perniagaan adalah sangat kompleks.

Ada pelbagai jenis dan kategori 'usaha' atau 'effort'.

Kita perlu meng-identify semua jenis effort itu, dan menetapkan formula ganjarannya.

Penasihat-penasihat saya sedang mengkaji aspek ini. Hasil kajian akan diterangkan kepada iluminati.



Macam-macam ilham tentang sistem kompensasi mazhab Islamik sedang difikirkan.

Ambil contoh ini:

Katakanlah dalam syarikat ABC s/b, kita sudah setuju pembahagian saham seperti berikut:

Jumlah saham berbayar = RM100k

Tuan A = 51% (sudah bayar RM51k)
Tuan B = 49% (sudah bayar RM49k)

Dalam sistem Barat, hujung tahun kita bagi-bagi untung RM10k:

Tuan A = dapat RM5,100
Tuan B = dapat RM4,900

Katakanlah kita tidak mahu menggunakan sistem Barat itu. Apakah bentuk sistem yang kita mahu gunakan? Apa nas-nya....



Semasa mula-mula membuka bisnes, kita adalah Pengurus Besar (PB) bisnes kita.

Tugas PB yang paling utama adalah sebagai pendorong kepada staf, walaupun staf kita baru 1 orang sahaja.

Banyak orang bisnes melayan staf macam orang suruhannya. Ini adalah faktor utama orang bisnes kehilangan staf.


Apabila kita mempunyai produk baru yang bagus, dan terbukti ia laku keras dalam pasaran, maka banyaklah peniaga lain yang akan terus meniru produk kita.

Hasilnya, mereka berjaya mengambil pasaran kita.

Proses ini adalah natural dalam pasaran terbuka. Sesiapa sahaja berhak menawarkan produk mereka, sama ada produk itu idea mereka sendiri ataupun idea yang ditiru.

Ada 3 faktor yang menyebabkan pihak lain dengan mudah dapat mengambil pasaran kita:

1. Apabila produk kita itu disukai ramai, tetapi kita tidak dapat hendak membekalkan kepada mereka yang mahu membelinya. Lompong ini akan segera diisi oleh peniaga lain.

2. Apabila kita dapat membekalkan produk kita, tetapi kita lambat menghantarkan bekalan kita. Ini membuka peluang produk yang dibikin oleh peniaga lain sudah sampai lebih dahulu.

3. Apabila harga jualan produk kita tinggi. Ini pun membuka peluang peniaga lain membuat meniru produk kita dan menjualnya dengan harga lebih rendah.




Apakah yang menyebabkan banyak bisnesman yang nampaknya macam pelajar gred C sahaja semasa di universiti, tetapi kemudian sangat berjaya dalam bisnes mereka?

Manakala banyak pula pelajar gred A semasa di universiti akhirnya bekerja menguruskan wang rakan-rakan mereka yang gred C itu.

Apakah ada bakat yang khusus diperlukan bagi menghasilkan strategi bisnes yang efektif?

Gaya berfikir yang bagaimanakah yang digunakan apabila kita mahu menghasilkan strategi bisnes, politik dan sukan?

Apakah gaya berfikir kritikal?

Apakah gaya berfikir analitikal-logikal?

Strategi adalah sejenis desain. Bagi menghasilkan strategi, gaya berfikir yang digunakan adalah gaya 'design thinking'.

Gaya berfikir 'design thinking' tidak menggunakan logik sebab-akibat. Ia menggunakan logik 'supaya'.

Design thinking sudah diajarkan kepada mahasiswa jurusan MBA di Stanford Universiti.

Iluminati ABS juga akan diajarkan design thinking.


Brand mempunyai limit atau perbatasan.

Apabila mahu membesarkan pasaran, pakar-pakar positioning menasihati supaya kita jangan keluar dari limit positioning brand asal.

Katakanlah, pada masa ini kita hanya menyediakan perkhidmatan membuat gubahan hantaran berkualiti premium. Nama kita sudah terkenal di kalangan pelanggan premium.

Teruskan positioning kita di situ. Jangan cuba meluaskan pasaran dengan memasuki pasaran gubahan taraf komoditi.

Ambil sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, Ramly Burger (RB) pernah membuka restoran segera ala-ala restoran McD. Pelaburan itu gagal.

Positioning RB adalah 'burger murah gerai sorong'. Inilah limit brand RB.

RB tidak pernah dipersepsi sebagai burger restoran segera. Dalam erti kata yang lain, Ramly Burger tidak pernah mem-position-kan burgernya sebagai burger yang dijual di dalam restoran ala-Amerika.

Apabila restoran Ramly Burger dibuka, mereka yang biasa membeli Ramly Burger di gerai-gerai sorong tidak masuk ke restoran itu. Mereka tidak mahu membayar burger yang dijual di dalam restoran itu dengan harga yang lebih mahal.

Mereka yang biasa makan burger di dalam restoran McD pun tidak masuk. Kalau mereka mahu makan burger di dalam restoran segera selain McD, mereka mahukan servis dan persekitaran yang serupa dengan apa yang ditawarkan oleh McD.



Bagaimana saya mengaplikasi strategi EdgeCraft bagi menghasilkan idea dan konsep teknikal ABS Ainon Business School ini.

Jumlah edge (ufuk) dalam ABS:

1. Business school yang ada menggunakan BI. ABS menggunakan BM.

2. Business school yang ada menggunakan buku teks akademik. ABS menggunakan buku teks tulisan pengkaji industri.

3. Business school yang ada memilih pelajar akademik. ABS memilih pelajar yang sudah menjalankan bisnes.

4. Business school yang ada menghasilkan pelajar yang lulus ujian akademik. ABS melahirkan orang bisnes yang dinamik.

5. Business school yang ada membiarkan lulusannya pandai-pandai mahu hidup sendiri. ABS akan menjadikan lulusannya iluminati dunia bisnes.


Lagi, lagi Syeikh Godin



Salah satu teori yang akan diajarkan kepada iluminati ABS adalah teori Edge-Craft yang dikemukakan oleh Seth Godin.

Strategi Edge-craft dapat disimpulkan begini...
+ Produk adalah marketingnya!
+ Marketingnya adalah produknya!
= Jadinya, produk dan marketing itu bersatu dalam desain produk.
Contoh produk yang bersatu dengan marketingnya adalah 'ayam penyet'.
Teori edge-craft amat berbeza daripada idea konvensional yang lazimnya digunakan.
Dalam teori konvensional, produk lain. Marketing lain.
Dalam teori bisnes konvensional, mula-mula kita buat produk yang kita yakin diperlukan oleh pasaran.
Sesudah ada produknya, baru kita fikirkan strategi marketingnya.
Banyak pengeluar produk berbangsa Melayu menggunakan teori bisnes konvensional. Dia sudah ambil pinjaman bank. Sudah menyewa rumah kedai. Sudah membeli mesin-mesin. Produk sudah dibuat. Tetapi produk tidak laku.... Mahu buat iklan, duit modal sudah habis.

Tip menggunakan sistem gaji dan kompensasi yang kita tawarkan dalam syarikat:

1. Gunakan sistem itu sebagai umpan bagi menarik bakat-bakat yang kita perlukan supaya mereka suka bekerja dalam syarikat kita.

2. Jangan gunakan sistem itu sebagai umpan bagi mendorong staff kita supaya mereka mahu buat macam yang kita mahu.

"Kalau awak buat macam yang saya mahu, nanti saya naikkan gaji awak." (SALAH)
Puan Ainon Mohd menulis:

Apabila kita mempunyai produk baru yang bagus, dan terbukti ia laku keras dalam pasaran, maka banyaklah peniaga lain yang akan terus meniru produk kita.

Hasilnya, mereka berjaya mengambil pasaran kita.

Proses ini adalah natural dalam pasaran terbuka. Sesiapa sahaja berhak menawarkan produk mereka, sama ada produk itu idea mereka sendiri ataupun idea yang ditiru.

Ada 3 faktor yang menyebabkan pihak lain dengan mudah dapat mengambil pasaran kita:

1. Apabila produk kita itu disukai ramai, tetapi kita tidak dapat hendak membekalkan kepada mereka yang mahu membelinya. Lompong ini akan segera diisi oleh peniaga lain.

2. Apabila kita dapat membekalkan produk kita, tetapi kita lambat menghantarkan bekalan kita. Ini membuka peluang produk yang dibikin oleh peniaga lain sudah sampai lebih dahulu.

3. Apabila harga jualan produk kita tinggi. Ini pun membuka peluang peniaga lain membuat meniru produk kita dan menjualnya dengan harga lebih rendah.