Puan Ainon menulis..
Siapa wajib ada dalam Team Bisnes kita?
Banyak peniaga mempunyai banyak pekerja. Tetapi dia tidak mempunyai Tim Bisnes yang kuat. Dia cuma ada kumpulan pekerja!
+ Kumpulan pekerja, mereka bekerja.
+ Tim Bisnes, mereka berfikir.
Dalam pengurusan gaya-towkay, hanya 1 orang berfikir. Yang lain semua bekerja.
.
Di bawah ini adalah keanggotaan Tim Bisnes yang betul. Baru bisnes boleh berkembang sebagaimana yang dirancang.
.
1. Orang yang menjaga produk.
Tugasnya menambahkan nilai kepada produk-produk kita.
+ Kalau dalam Tadika ABS, orang ini adalah Pengurus Modul. Tugasnya adalah menaikkan kualiti modul yang sedia ada, dan mencipta modul-modul baru untuk kegunaan tadika.
.
2. Orang yang menjaga marketing.
Tugasnya adalah mendesain strategi marketing supaya informasi produk kita sampai kepada bakal pembeli.
+ Kalau di Tadika ABS orang ini bertugas menyampaikan informasi tentang tadika ABS kepada bakal para pelabur Khadijah dan ibu bapa, bagi membolehkan peningkatan jumlah cawangan tadika.
.
3. Orang yang menjaga jualan.
Tugasnya adalah menaikkan jumlah pelanggan ataupun pembeli.
+ Kalau di Tadika ABS, orang ini bertugas menyampaikan informasi tentang tadika ABS kepada ibu bapa, dan dengan itu menaikkan jumlah pendaftaran pelajar.
.
4. Orang yang memberi servis kepada customer.
+ Tugas orang ini adalah menyelesaikan masalah pelanggan.
Kalau di Tadika ABS orang ini membantu pengusaha-pengusaha tadika ABS menyelsaikan masalah mereka, supaya mereka dapat membangunkan bisnes tadika mereka.
.
5. Orang yang membangunkan bisnes-bisnes syarikat.
+ Tugasnya adalah melakukan analisis ke atas segala data kewangan dan data pelanggan bagi mengenalpasti bisnes-bisnes baru yang patut dibangunkan.
6. Akauntan.
7. Orang yang menjaga pentadbiran dan kakitangan syarikat.
No comments:
Post a Comment