Friday, October 18, 2013

Tips orang bisnes berbual-bual

Puan Ainon menulis:
Tip berbual-bual semasa perayaan....

Beberapa topik yang tidak sesuai diperbualkan:

1. Perbezaan pandangan tentang agama.

2. Perbezaan pandangan tentang politik.

3. Topik-topik tentang status perkahwinan rakan-bual. Sama ada sudah berkahwin, sudah bercerai, sering bergaduh, sudah berpoligami dll.

4. Topik tentang kejayaan anak-anak dan cucu sendiri.

5. MLM.

Topik yang sesuai diperbualkan supaya menceriakan pertemuan:

1. Sukan

2. Hobi terbaru

3. Makanan

4. Penampilan rakan-bual yang makin cantik dan hensem.

5. Tip-tip menjaga kesihatan.

Businessman korporat

Dari ABS

Businessman korporat....

Menjalankan marketing kepada korporat mempunyai strategi, taktik dan politiknya sendiri.

Malah cara berpakaian pun mempunyai kesannya sendiri ke atas keberkesanan sesi marketing itu.

Apabila kita diberi kesempatan memperkenalkan produk profesional kita, hantar Tim yang menepati ciri-ciri 'orang korporat'.

Hantar wakil yang...

+ Usianya sudah matang
+ Memiliki ijazah teknikal
+ Memiliki imej dan personaliti korporat
+ Mempunyai pengalaman bekerja dalam korporat
+ Tahu hukum-hakam, adab sopan, dan sensitiviti dalam kalangan pegawai-pegawai tinggi korporat

Kutip hutang

Nota malam dari ABS

Kegagalan mengutip hutang adalah faktor utama banyak bisnes peniaga Melayu lingkup.

Produknya bagus, pembelinya suka, permintaannya tinggi, tetapi bisnes lingkup. Ini bukan senario kekecualian.

Apakah peniaga Melayu cuma pandai membuat produk dan menjual produk?

Apakah peniaga Melayu belum memiliki skill mengutip hutang?

Barang laku tetapi bisnes lingkup

Puan Ainon menulis:
Dari ABS

Barang laku tetapi bisnes lingkup....

Pada masa ini banyak peniaga mengamalkan sistem kredit. Jualan secara consigment adalah juga jualan secara kredit.

Sistem ini dapat menghasilkan jualan yang tinggi. Ini yang menjadikan sistem kredit sangat seksi kepada peniaga yang baru memulakan bisnes.

Peniaga baru sangat mahukan sales naik, naik, naik. 

Mereka mahu tengok stok keluar banyak dari setor. Mereka mahu tengok setor cepat kosong.

Namun sistem kredit adalah juga punca syarikat yang jualannya laku tetapi akhirnya bisnesnya lingkup.

.

Sistem jualan kredit tidak memberikan maklumat tepat:

+ Jualan secara kredit tidak memberikan gambaran yang tepat berkenaan permintaan produk kita. Betulkah pasaran mahukan produk kita?

+ Walaupun dari segi akaunting stok yang keluar dari setor sudah dikira sebagai 'sale' tetapi dalam realiti 'sale' belum berlaku!

+ Walaupun stok sudah keluar dari setor, tetapi kita tidak tahu apakah stok itu memang ada permintaannya dan pasti dibeli oleh end-user.

+ Kita tahu nasib sebenar stok kita itu hanya apabila tempoh kredit sudah tamat, dan stok yang tidak laku dipulangkan.

.

Kelemahan sistem kredit yang paling berbahaya kepada survival syarikat adalah:

+ Isu tempoh kredit yang panjang

+ Isu hutang lapuk

Bisnes kita lingkup bukan kerana barang tidak laku, tetapi disebabkan barang laku sebaliknya agents tidak membayar hutang.

Pre-Mortem atau Post Mortem

Puan Ainon menulis:
Dari ABS

Tentang post-mortem dan entusiasme di tempat kerja....

Salah satu ciri orang-orang Nabi adalah mereka itu mempunyai enthusiasm yang amat tinggi.

Apabila mereka mendengar Nabi memberitahu sesuatu, terus mereka melakukan perkara itu, tidak payah disuruh-suruh!

.

Entusiasme staff adalah modal bisnes kita. Ia modal yang lebih mahal daripada harga mesin-mesin yang kita beli.

Kita sebagai majikan, dapat menjadikan staff kita macam orang-orang Nabi. Penuh entusiasme.

Entusiasme staff perlu diurus. Namun ia modal yang sukar diurus, tidak macam mengurus mesin.

Tidak seperti entusiasme staff, mesin-mesin dalam kilang kita tidak mungkin rosak berhari-hari disebabkan sepatah perkataan yang terkeluar dari mulut kita.

.

Perkara-perkara yang membunuh entusiasme seseorang staff:

1. Nasihat yang tidak diminta
2. Teguran
3. Peringatan
4. Kritikan
5. Siasatan
6. Ungkitan
7. Ramalan negatif
8. Hukuman

.

Perkara-perkara yang mencipta entusiasme di kalangan staff:

1. Pujian ke atas sikap yang baik
2. Pujian ke atas daya usaha
3. Pujian ke atas hasil kerja
4. Pujian ke atas prestasi
5. Pujian serta-merta
6. Pujian yang diucapkan di hadapan orang
7. Pujian ke atas pencapaian kecil
8. Pujian di belakang
9. Sangka baik

.

Salah satu budaya pengurusan Barat yang kita pinjam dan jadikan amalan pengurusan adalah 'sesi post-mortem'.

Jika dikenang kembali.... Bilakah masanya, selepas tamat sesi post-mortem kita tengok staff kita menjadi entusiatik, penuh semangat, berkobar-kobar, tidak sabar-sabar hendak buat lebih banyak kerja?

Consigment

Puan Ainon menulis:
Dari ABS

Tip memberi stok secara consignment kepada channel....

Apakah itu sistem konsainan?

Hipermarket mengamalkan sistem konsainan. Pembekal menghantar stok ke hipermarket, menyusun stok, mengemas stok, mengira stok yang terjual. Hipermarket membayar mana-mana stok yang terjual sahaja.

Majoriti kedai runcit juga mengamalkan sistem konsainan.

Ringkasnya, kita serahkan stok kepada channel dengan tidak ada jaminan kita boleh dapat duit kita balik!

.

Sistem konsainan mempunyai risiko:

+ Barang kita sudah terlepas ke tangan orang.

+ Kesukaran mengutip hutang.

.

Bagi menguruskan risiko hutang tidak dibayar, gunakan sistem konsainan untuk channel:

+ Channel besar seperti hipermarket. Mereka mempunyai sistem membayar hutang pembekal yang efisien.

+ Kedai runcit itu sudah lama beroperasi, sudah berbelas-belas tahun. Jika kedai runcit itu beroperasi di dalam kedai yang dibelinya sendiri, itu lebih selamat. Kedai macam ini takkan lari malam.

+ Retailer yang mempunyai kedai (bukan kiosk) di dalam kompleks. Mereka mempunyai modal besar.

.

Sistem konsainan sangat berisiko apabila:

+ Channel kita adalah individu, bukan syarikat sendirian berhad. Risiko hutang kepada inidividu tidak dapat ditagih adalah sangat tinggi.

+ Apabila individu itu tidak mempunyai pejabat operasi.

+ Semakin muda usia individu itu, semakin tinggi risiko hutang gagal ditagih.

.

Tip berniaga dengan channel individu: COD sahaja.

Bisnes Ikut-ikutan

Puan Ainon menulis:
Dari ABS

Kita selalu diberitahu supaya jangan berniaga cara ikut-ikutan. Maksudnya, jangan kita membuka bisnes disebabkan kita tengok orang lain sudah membuka bisnes itu.

Kita diberitahu supaya buat bisnes kita sendiri. Jangan ikut orang lain. Buat bisnes yang orang lain tidak buat.

Dalam beberapa jenis bisnes, membuka bisnes yang banyak orang lain sudah buka adalah cara yang betul.

Sebagai contoh, kita lihat di kawasan kita banyak kawasan perumahan baru sedang dibangunkan.

Kita tengok sudah ada 4 buah kedai dobi dan kedai cuci karpet. Semua 4 buah kedai itu sibuk belaka.

.

Dengan adanya kawasan perumahan yang akan siap tidak lama lagi, kita meramalkan jumlah penduduk akan bertambah.

Perkhidmatan kedai dobi akan lebih diperlukan.

Membuka kedai dobi adalah pelaburan yang relatifnya selamat, walaupun sudah ada 4 buah kedai dobi.

.

NOTA: ABS mempunyai projek membuka Rangkaian Kedai Dobi ABS.