Puan Ainon menulis:
Apakah itu 'matured market', atau pasaran matang?
Buku-buku strategi bisnes tradisional lazimnya menasihati peniaga supaya jangan masuk ke dalam pasaran matang.
Sesuatu pasaran itu dikatakan sudah 'matang' apabila di dalam padang itu sudah ada 'Big Boy'.
Budak Besar akan bunuh Budak Kecil, sebagaimana Colgate-Palmolive membunuh Zaitun Industri.
Jadinya, dalam padang kopi segera sudah ada Nescafe. Budak Kecil jangan berani-berani melintas di hadapan Budak Besar itu.....
Saturday, March 16, 2013
Mood Bisnes
Puan Ainon menulis:
Semua jenis bisnes mempunyai musim turun-naiknya. Orang bisnes mempunyai jadual kerja yang mematuhi musim-musim itu.
Pada saat ini peniaga yang mengeluarkan produk sudah mula bekerja bagi menyambut musim bulan puasa dan hari raya.
PTS sudah mula mencetak buku-buku agama yang akan dihantar ke kedai-kedai buku di seluruh negara sebulan lebih awal sebelum anak bulan Ramadhan kelihatan.
Mereka yang mengeluarkan pakaian seperti baju Melayu, songkok, samping, baju kurung, tudung dll semua sedang sibuk sekarang.
Mereka yang mengeluarkan kuih-muih dan biskut juga sudah mula sibuk membuat tempahan segala rupa bentuk botol dan kotak dari kilang dan agen pembekal.
Kontraktor renovasi rumah sudah mula menyebarkan pamflet mereka dari gate-ke-gate di taman-taman perumahan.

Bisnes Training
Puan Ainon menulis:
Banyak dalam grup ini yang mahu menceburkan diri ke dalam bisnes training.
Bisnes training adalah bisnes perkhidmatan.
Semakin maju sesuatu masyarakat, semakin bisnes ini berkembang.
Buku ini adalah bacaan wajib. Ia menerangkan perkara-perkara asas yang trainer wajib tahu.
Sebagai contoh, ada 4 gaya training. Gaya manakah yang sesuai dengan personaliti tuan?
Gaya presenting
Gaya Guiding
Gaya Coaching
Gaya Facilitating

Merebut Peluang?
Puan Ainon Menulis:
Kita sering kali mendengar orang bercakap tentang pentingnya peniaga Melayu 'merebut peluang' yang ada.
Banyak yang menerima kata-kata itu bulat-bulat lalu peniaga Melayu pun berebut-rebut peluang yang sama. Ada yang sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak bijaksana demi merebut peluang.
Kemahiran yang penting dalam bisnes adalah kemahiran 'mencipta peluang'.
Ada peniaga yang dapat mencipta lepas satu peluang, satu peluang lagi, macam tak putus-putus.
Apabila kita mencipta peluang, tidak timbul isu orang akan merebut peluang itu dari tangan kita. Kita juga dapat menguruskan peluang itu dengan lebih teratur.
Kemahiran mencipta peluang adalah kemahiran berfikir secara proaktif dan kreatif.

Strategi Bisnes
Bagaimana kalau
seorang usahawan itu masih tidak tahu hala tujuan? Tidak sempat membaca begitu
banyak buku strategi tentang bisnes? Jika sempat membaca, tidak sempat memahami
dan bereksperimen?
Usahawan boleh mendapatkan khidmat strategist yang menguasai ilmu strategi. Strategist bertindak sebagai mapmaker yang membaca landskap sekeliling dan mencadangkan laluan yang bersesuaian.
Lebih baik lagi, ada strategist yang membaca dan menghadam buku-buku manifesto yang abstrak. Pemahaman terhadap buku-buku sebegini memberi keupayaan kepada strategist untuk membaca bahawa landskap sekeliling akan berubah. Ada bukit yang akan runtuh, ada sungai akan beralih arah dan ada tasik yang akan kering.
Masyarakat Asia mempunyai sejarah yang panjang dalam penggunaan khidmat strategist. Zhuge Liang direkrut oleh Liu Bei pada umur 26 tahun. Walaupun Liu Bei memunyai kekurangan sumber material dan status sosial berbanding pencabar lain, beliau akhirnya menjadi Maharaja Empayar Shu Han.
Antara jalan utama
menguasai strategi bisnes adalah melalui pembacaan yang luas. Terdapat banyak
strategi yang digunakan dalam dunia bisnes. Mazhabnya pula berbeza-beza. Ada
yang mengatakan bisnes adalah bakat, ada pula yang mengatakan skil bisnes boleh
diajar.
Strategi juga terbahagi kepada banyak bahagian:

1.
Inovasi
2.
Marketing
3.
Pengurusan
4.
dan lain-lain...
Membaca buku-buku bisnes sebenarnya tidak sekadar 1+1=2. Semakin banyak membaca, buku-buku itu saling mengukuhkan pemahaman dan memberi perspektif baru. Oleh itu, pakar strategi tidak akan mudah sangkut apabila berhadapan dengan cabaran.
Membaca buku sahaja
tidak cukup kerana selalunya buku lebih banyak mengandungi kes-kes lama dan
teori berbanding praktikal. Majalah seperti Inc memberi tambahan kajian kes
pengalaman para usahawan dalam pelbagai bidang.
Lebih penting lagi adalah bereksperimen dengan strategi-strategi yang dipelajari. Pengalaman praktikal tidak kira besar atau kecil akan memberi pemahaman berkali-kali ganda berbanding sekadar membaca. Namun sekadar berekseperimen tanpa membaca dahulu apa yang dieksperimen juga tiada gunanya!
Tips adalah adalah
trik atau 'hint' dalam melaksanakan sesuatu taktik. Jika strategi adalah
pandangan keseluruhan dan taktik sebagai laluan spesifik, tips pula ada jalan
pintas atau shortcut atau rahsia bagi laluan tertentu.
Sebagai contoh, strateginya adalah Permission Marketing dan taktiknya adalah menggunakan borang Google Docs. Tipsnya adalah mengaktifkan data validation bagi memastikan emel yang dimasukkan adalah sah. Jika emel tidak sah, pengguna tidak dapat submit borang tersebut.
Tips ini tidak terapakai bagi taktik lain seperti menggunakan Aweber kerana fungsi ini memang sudah sedia diaktifkan. Strategi lain yang tidak mengumpulkan data prospek juga tentu sekali tidak relevan dengan tips ini.
Ramai yang obses mencari 'rahsia-rahsia' ini tanpa memikirkan taktik apa pun yang hendak digunakan. Mereka percaya inilah yang diperlukan untuk mencapai kejayaan sedangkan sekadar mengumpul tips tidak memberi arah yang jelas dalam bisnes.
Ramai yang mengaku pakar sebenarnya hanya menabur tips kepada audien dari atas pentas. Mereka ini ibarat memberi nasihat sekiranya terjumpa ular di tengah jalan harus ditangkap supaya dapat dijual di akhir perjalanan. Nasihat diberi tanpa mengira bahawa bukan semua ular berharga untuk dijual. Lebih bahaya lagi, banyak ular yang tidak patut diganggu langsung kerana sekali patuk pantas mengundang maut!

Strategi adalah ilmu
mencerap keadaan sekeliling dan membuat rancangan. Pakar strategi dapat
menganalisa keadaan semasa dan memilih jalan yang paling sesuai. Mereka yang
menggunakan strategi dapat mengenalpasti peluang dan halangan serta beberapa
pilihan pendekatan.
Taktik pula langkah atau teknologi spesifik dalam melaksankan sesuatu rancangan strategik. Mereka yang mengikut taktik semata-mata terpaksa meniru langkah demi langkah setiap simpang. Jika tidak mereka akan mati akal dan sesat. Mereka yang bermain dengan strategi pula dapat memilih simpang lain mengikut keadaan.
Sebagai contoh, katakan seorang usahawan memilih untuk menggunakan strategi Permission Marketing. Objektif strategi ini adalah untuk mengumpul data prospek supaya dapat terus berhubung dan akhirnya menjual. Terdapat banyak taktik yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi ini antaranya menggunakan blog, Google Docs dan Aweber. Usahawan yang mensasarkan kurang daripada 500 orang tahu dia cukup dengan Google Docs dan tidak memerlukan Aweber.
Usahawan yang hanya tahu taktik menggunakan Aweber pula akan terus menggunakan aplikasi tersebut walaupun sebenarnya tidak sesuai dengan keperluannya. Apabila mereka tidak berjaya mengumpul pelanggan, mereka menyalahkan aplikasi walaupun sebenarnya strategi mereka salah. Usahawan tersebut mungkin tidak menyediakan umpan yang cukup bagus untuk menarik pelanggan.
Strategi memberi
keupayaan untuk mencerap keadaan sekeliling dan memilih kaedah apa yang paling
baik. Sebagai contoh, seseorang itu boleh ke gunung satu lagi melalui jalan
darat, air atau udara. Setelah memilih kaedah pengangkutan, laluan
sebenar pula boleh ditentukan sendiri. Mereka yang menguasai strategi boleh
melakar peta sendiri.
Mereka yang bergantung kepada taktik pula sebenarnya bergantung kepada peta orang lain. Peta tersebut telah menunjukkan dengan jelas jalan mana yang pernah digunakan. Namun, lama-kelamaan peta mungkin sudah lapuk atau keadaan jalan sudah berubah. Mereka yang bergantung kepada peta orang lain akan buntu sekiranya peta tidak lagi boleh digunakan.

Lebih buruk lagi, mereka tidak faham mengapa
jalan itu yang dipilih menyebabkan mereka tidak dapat memilih jalan yang sesuai
dengan keupayaan diri. Mengapa perlu memilih jalan darat sekiranya seseorang
itu sebenarnya pandai berenang dan mempunyai bot laju?
Mereka yang menguasai strategi bukan sahaja menguasai pelbagai kaedah malah dapat memikirkan kaedah baru. Sebagai contoh sekiranya hanya satu ayat yang perlu dihantar tidak perlulah bersusah-payah mendaki gunung menghantar surat; cukuplah dengan isyarat asap untuk menyampaikan mesej. Namun mereka yang hanya mengikut peta tetap akan meredah jalan paling sukar!

Nama Bisnes
Apabila memilih nama-nama syarikat, nama kedai, nama produk, dan yang sewaktu dengannya, pilih nama-nama yang terang-benderang kaitannya dengan aktiviti utama bisnes kita.
Orang baca nama syarikat kita, dia terus tahu apa bisnes syarikat kita.

Persaingan
Apabila kita membuka gerai ataupun kedai makan yang sederet dengan kedai-kedai lain, jangan gunakan sikap bersaing dengan kedai-kedai jiran.
Gunakan sikap bekerjasama dan saling tolong-menolong dengan jiran-jiran.
Promot bisnes orang lain yang sama-sama berkedai dengan kita. Sambil kita menjual menu kita sendiri, promot juga menu di kedai jiran.
Apabila kita mempromot bisnes jiran-jiran kita, mereka akan membalas budi kita dengan mempromot bisnes kita pula.
Jangan bergaduh dengan jiran sebelah-menyebelah. Jangan memburuk-burukkan bisnes jiran kita.
Katakan kepada pelanggan kita, "Kalau tuan mahu minum air kendondong asam boi yang sedap, saya boleh tolong orderkan dari restoran sebelah ini. Memang sedap!"
Pelanggan kita suka, towkay kedai jiran kita pun suka!
Tiada konsep 'persaingan' dalam mazhab ABS. Sebaliknya, mazhab ABS mengamalkan konsep 'berlumba-lumba'.
Bersaing adalah 'menang dengan cara mengalahkan orang lain'.
Berlumba-lumba adalah 'menang dengan cara semua orang menang'.
Mazhab berlumba-lumba membolehkan bisnes berkembang lebih pantas daripada kadar 'normal'.
Nota kaki:
Saat ini industri buku cetak dalam Bahasa Melayu sedang mula mengalami persaingan keras daripada sumber bacaan percuma dalam internet dan ebook.
Sebagai respon kepada kemerosotan jualan buku bercetak, PTS membuat pelaburan-pelaburan baru dalam sektor supermarket ebook dan audiobok, training korporat, konsulting dan events.
PTS akan kekal berpegang kepada dasar berlumba-lumba. Bukan bersaing.

Subscribe to:
Posts (Atom)